Followers

Saturday, July 17, 2010

Hidup adalah masalah pilihan

Hidup adalah masalah pilihan
Pilih gembira atau sedih
pilih mengampuni atau menyimpan dendam
pilih meluahkan atau menelan kepahitan

Hidup adalah masalah pilihan                                           
cinta dan kasih tak jauh dari jangkauan
namun mungkin jua kita temui pengkhianatan

Hidup adalah masalah pilihan
bagaimana anda melayari kehidupan ini
bagaimana anda menghabiskan waktu
bagaimana anda mencapai impian
bagaimana anda memandang kehidupan ini.....

Orang yang berjaya di sisi  Allah 
pastinya menganggap kehidupan ini
sesuatu yang bernilai...harta yang sangat berharga
dijalani hidup berlandaskan Qur'an dan Sunnah
berjalan tapak demi tapak
dengan penuh doa dan impian
sehingga mendapat kemuliaan


Hidup adalah masalah pilihan                             
yang mana satu anda pilih?
tanyalah diri anda sendiri

Wednesday, July 7, 2010

nikmat hidup

Rasulullah saw bersabda:
Dua nikmat yang membuatkan ramai manusia terpedaya dan tertipu,iaitu nikmat sihat dan kelapangan.

Dalam mengharungi kehidupan,masa berlalu amat pantas sehingga kadangkala nafas rasa sesak memikirkan tanggungjawab yang harus dipikul.Inilah hakikat yang perlu dihadapi apabila kita semakin matang dan usia semakin bertambah.Alangkah indahnya jika masa boleh diputar semula dan kita berada di situasi yang selesa dan relax.Tapi ia tidak mungkin terjadi.Betullah bahawa kelapangan itu adalah satu nikmat dari Allah yang perlu dihargai.Jangan bertangguh untuk melakukan kebaikan kerana kita mungkin tidak berpeluang untuk melakukannya justeru pelbagai kekangan.
Begitu jua nikmat sihat yang kita perolehi.Jika Allah tarik nikmat sihat,kita sudah hilang fokus pada pelajaran,kerja,pergerakan terbatas.Bayangkan jika kita tidak berdaya untuk berdiri dan berjalan.Pastinya peluang untuk kita beribadah dengan sempurna jua akan terjejas.Pada saat ini barulah kita sedar betapa berharganya nikmat sihat yang Allah berikan.Walau berbakul 'food supplement' diambil,ia takkan mampu menangkis kekuasaan Allah yang boleh mendatangkan penyakit pada bila-bila masa yang Ia kehendaki.Jangan tunggu esok untuk beramal kerana kita tidak tahu bila Allah akan menguji kita.
Sebagai manusia,kita mudah terpedaya dengan nikmat yang dirasai.Contohnya,seperti Firaun,Nikmatnya melaut luas,tidak pernah sakit,bersin pun tidak pernah.Orang lain mati,dia belum mati juga,sehingga timbul rasa angkuh dan sombong...sanggup mengaku sebagai Tuhan.Dengan nikmat itu jualah Allah membinasakannya.
Qarun pula,tiada manusia sekaya dia.Anak kunci gudang hartanya saja perlu dibawa oleh 40 ekor unta!Akhirnya apa jadi?Dia tenggelam bersama hartanya akibat sikap angkuhnya.
Justeru itu sahabatku...
jangan lupa diri jika kita dikurniakan kemewahan.Itu adalah ujian bagi kita kerana silap langkah,kekayaan bakal menjerumuskan kita seperti Qarun.
Memandang disekeliling kita,ada yang terang-terangan melakukan maksiat,tidak pernah solat,tetapi Allah limpahkan rezeki mencurah-curah kepadanya.Manakala ada yang rajin beribadat siang malam,tetapi hidup untuk sesuap nasi.Ingatlah....kadangkala Allah kurniakan nikmat untuk menghancurkannya seperti Qarun bagi mereka yang tidak mahu berfikir.
Firman Allah swt:
Dan kalaulah Allah mencurahkan rezeki bagi setiap hambaNya,nescaya mereka akan melampaui batas di bumi dengan perbuatan liar durjana,akan tetapi Allah menurunkan rezekinya itu menurut kadar tertentu sebagaimana dikehendakiNya.Sesungguhnya Ia mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya,lagi melihat dengan nyata.
(Asy-Syuraa:27)
Duhai sahabatku....
segala nikmat diperolehi ada sebab dan hikmahnya.Apapun nikmat kurniaan Allah,seharusnya mengeratkan lagi hubungan kita denganNya.....tetapi berapa ramai manusia berbuat demikian?Bukan bermakna kita tidak perlu kekayaan...jua bukan kemiskinan yang kita cari.Tetapi yang paling penting ialah KEREDHAAN ALLAH.
Jadilah insan yang sentiasa redha,bersyukur,menerima seadanya dan ikhlas mengabdikan diri kepadaNya.Segala nikmat datang dari Allah.Pulangkan kepadaNya jua dengan kesyukuran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails