Followers
Monday, November 9, 2009
KENAPA SUAMI PERLU DILAYAN
Kenapa suami perlu dilayan dan layanannya mesti istimewa?Tidak bolehkah suami dilayan seperti teman atau sahabat sahaja?
Jawapannya tentulah tidak boleh!
Demikianlah ketentuan Tuhan ke atas para isteri agar melayan suami dengan layanan paling istimewa.Antara sebab suami perlu dilayan sedemikian rupa adalah kerana:
1. Perintah Allah
Sabda Rasulullah saw:
"Kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain,nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya."
Allahlah yang memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayani suami dengan baik.
2. Mendapatkan keredhaan Allah
Sabda Rasulullah saw: "Wanita yang taat akan suaminya,semua burung-burung di udara,ikan di laut,malaikat di langit,matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya serta menjaga sembahyang dan puasanya"
3. Kedudukan suami
Firman Allah swt: "Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipan menurut cara yang baik,akan tetapi para suami itu mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya". (AlBaqarah:228)
4. Kewajipan isteri
Sayidatina Aisyah r.a pernah berkata: "Wahai kaum wanita!Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu,tentu seorang isteri dari kamu bertindak akan menyapu debu dari telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya."
Begitulah betapa kewajipan isteri memuliakan suami itu amat besar dan bererti.
5. Mendapatkan ganjaran pahala
Sabda Rasulullah saw: "Mana-mana isteri yang merelakan dirinya dijimak oleh suaminya pada malam Jumaat,pahalanya seperti orang yang pergi berjuang di medan perang."
Suami boleh menjadi satu saluran bagi para isteri mendapat ganjaran pahala dan kebaikan sebanyak-banyaknya.
6. Menjauhi dari azab neraka
Sabda Rasulullah saw: "Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya tanpa dihisab." Sesungguhnya Allah mengancam para isteri dengan azab yang pedih jika engkar dan enggan melayani suami.
Saudaraku,
Kelebihan yang Allah beri kepada kaum wanita hendaklah dimanfaatkan.Jalan yang mudah terbentang luas di hadapan kita boleh membawa kebahagiaan yang kekal abadi.Di dunia kita disayangi suami,manakala di akhirat kebahagiaan jua menanti!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSaya suka betul dengan blog ini. hope boleh lebih dip
W'salam,maaf lmbt bls,tak smpt nak tgk.Ini yg mampu sy lakukn pd ms ini.Smg Allah bantu
ReplyDelete