Followers

Monday, December 13, 2010

Kantoi....

Kisah yang terjadi di Kota Amman,Jordan ini mungkin agak menarik untuk dikongsikan.Seorang pemuda bernama Bakr Melhem hidup berjauhan dari isterinya.Sudah pasti malamnya dihantui kedinginan,siang dibaluti kesepian.Lalu bermulalah episod baru dalam hidupnya apabila berkawan dengan wanita lain dalam dunia maya di internet.
Setelah 3 bulan saling berchatting,mereka benar-benar merasa secocok dan telah jatuh cinta.Lantas mereka berjanji untuk bertemu di suatu tempat.Namun....saat mereka bertemu,alangkah terkejutnya diri... Ternyata wanita tersebut adalah isterinya sendiri!
Lantas mereka saling tuduh-menuduh yang ia pasangan yang tidak setia.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bercerai kerana masing-masing tidak setia!Begitulah antara kisah yang berlaku di dunia cyber.Jika disalahguna,boleh membawa kepada kemusnahan.Sedangkan dalam sesebuah rumahtangga kesetiaan itu adalah umpama permata yang perlu dijaga.  
Biasanya orang tidak setia kerana merasakan ada kekurangan pada pasangan masing-masing,umpama merasakan rumput di rumah jiran tampak lebih hijau dari di halaman sendiri.Tertipu atau terpedaya dengan pandangan ini menyebabkan mereka mengorbankan kesetiaan yang ada,sedangkan hakikatnya tidak seperti itu.
Tidak dinafikan,semakin lama kita bersama pasangan,semakin banyak yang terdedah samaada kelebihan atau kekurangan.Justru di saat kita melihat kekurangan pun,tugas kitalah untuk membantunya memperbaikinya atau menjadi pelengkap baginya.Ingatlah..tiada manusia yang sempurna.
Kepada pasangan yang telah atau akan berkahwin.....
Jika ditakdirkan pasangan kita itu baik,bersyukurlah.Jika tidak seperti diharapkan,anggaplah ia sebagai satu ujian dari Allah.Redhalah dengan apa yang telah Allah aturkan.Ingatlah bahawa setiap yang terjadi itu ada hikmahnya.Manusia boleh berubah mengikut peredaran masa.Apa yang penting,sandarkanlah segala pengharapan kepada Allah.Semoga liku-liku kehidupan yang dilalui diwarnai bunga-bunga kebahagiaan..

1 comment:

  1. Jika ditakdirkan pasangan kita itu baik,bersyukurlah.Jika tidak seperti diharapkan,anggaplah ia sebagai satu ujian dari Allah.Redhalah dengan apa yang telah Allah aturkan.Ingatlah bahawa setiap yang terjadi itu ada hikmahnya.Manusia boleh berubah mengikut peredaran masa.Apa yang penting,sandarkanlah segala pengharapan kepada Allah.Semoga liku-liku kehidupan yang dilalui diwarnai bunga-bunga kebahagiaan..


    gadis suka ape yg ummi tulis nie sbb skrg gadis hadapi konflik cmni jugak.. and semakin hari semakin lemah utk hdpi dugaan itu.. gadis dh cube tp makin ari gadis ase lemah and xtahu ape yg gadis perlu buat utk perbaiki hbgn ..time kasih sbb bkongsi cerita cmni :)dh folloe ummi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails