Musim Haji telah berlaluSemoga ia adalah titik perubahan bagi memperbaiki diri,apatah lagi awal Muharram bakal menjelang dalam masa beberapa hari lagi..Masing-masing pulang dengan pengalaman yang tersendiri.
Sebenarnya isu yang ingin saya kongsikan bersama adalah mengenai pengurusan kewangan kita.Jika kita tidak merancang sistem kewangan kita,sudah tentu niat untuk mengunjungi Tanah Suci Mekah hanya menjadi satu igauan sahaja.Rata-rata masyarakat kita menunggu hari tua atau telah pencen baru nak mengerjakan Haji.
TETAPI...harus diingat,adakah pada ketika itu kesihatan kita mengizinkan kita atau....kita telah dijemput Tuhan terlebih dahulu?
Alasan kewangan tidak kukuh atau banyak hutang adalah sekadar alasan yang dicipta untuk melarikan diri dari bersoal jawab dengan Tuhan.
Namun...pada hari kiamat nanti,tiada alasan yang dapat diberikan kerana kegagalan beribadat kepada
Allah.Kalau difikirkan ikut logik akal yang tidak berapa pandai matematik ini,jika kita dapat peruntukkan RM50.00 sebulan untuk persediaan mengerjakan haji,setahun anda mampu mengumpul RM600.00.Jika anda mula kerja pada usia 23 tahun,pada umur 43 tahun anda telah berjaya mengumpul RM12 000.Anda sudah mampu ke tanah suci!Jika kumpul RM100,umur 33 tahun dah menjejakkan kaki ke Mekah.Jadilah Haji atau Hajah dalam usia yang muda!TETAPI... bukan title ini yang dikejar!Persoalannya,kenapa kita berkira sangat untuk menyimpan sejumlah wang untuk itu....sedangkan kita tak kisah pun habis wang untuk pakaian,makanan dan make up kereta yang sudahpun cantik!
Bagi golongan wanita pula,jika tidak beli pakaian setiap bulan atau tidak makan di restoran,tidak sah!Berapa banyak yang telah kita bazirkan untuk barang yang tidak kita gunakan sepenuhnya...terutama apabila tiba musim perayaan.Ada yang sanggup berhutang semata-mata nak menunjuk bahawa dia mampu.
Belum lagi kira hutang untuk mengadakan kenduri perkahwinan!Setengahnya tu pula sibuk mengumpul rumah.Tak cukup dengan satu.Alasannya untuk pelaburan hari tua.Namun....apa dah jadi?Setiap tengah bulan dah mula resah sebab duit tak cukup!Pengalaman di sekeliling kita sebenarnya banyak yang boleh kita jadikan iktibar...tetapi kenapa kita juga dibawa arus seperti mereka?Jawapannya ada pada diri anda sendiri!
Pepatah orang tua ada menyatakan bahawa jika besar periuk,besarlah kerak nasinya.Berapa banyak wang yang kita perolehi setiap bulan,jika tidak diurus dengan bijak pastinya menjerat diri sendiri.Terpaksalah jadi pekerja sambilan sebagai penggali lubang dan penutup lubang!
Saya teringat seorang pakcik yang dapat mengerjakan haji dengan menjual daun pisang sahaja.Bila jumpa semula baru ni,dia bakal mengerjakan haji untuk kali ke dua.Bayangkan dengan hasil yang tidak menentu seperti itu dia mampu,apatah lagi bagi golongan yang berpendapatan tetap!
Setiap keluarga tentunya mempunyai cara yang berbeza untuk mengagihkan wang pendapatan masing-masing.Namun perkara penting yang perlu diingat ialah anda hendaklah memastikan bahawa wang anda dapat melakukan apa yang anda mahu wang itu lakukan!
Ingatlah saudaraku....
dalam apa jua keadaan sekalipun,tanggungjawab kepada Allah tetap menjadi hutang yang perlu dilangsaikan!
Pengalaman diri sendiri yang terpaksa berjalan sejauh 10km pergi dan balik ke tempat melontar menyaksikan bagaimana golongan warga emas mengalami kesukaran yang nyata,apatah lagi jika hanya ditemani oleh suami yang sudah uzur.Alhamdulillah,kita dapat membantu ramai golongan seperti ini sepanjang musim haji jika kita pergi dalam usia yang muda.Dari membantu membasuh,menjemur kain hinggalah mengambilkan makanan dan minuman untuk mereka adalah perkara rutin yang biasa dilakukan di sana.Untuk ke masjid pun kena dipimpin kerana orang Arab ni jenis yang kasar.Mereka tak kira,pakai redah saja.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini,dengan harga barang semakin naik,perbelanjaan anak-anak semakin berganda-ganda nilainya,kita perlu berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan.
Saya tidak terkejut jika ada yang mengatakan,'hari ni dapat gaji,hari ini juga habis....'Justeru itu,marilah kita muhasabah situasi aliran wang tunai kita.Bagi yang dianggap berada dalam tahap kritikal atau ICU,berfikirlah sejenak!
Memang tidak dinafikan,betapa terasa kecilnya nilai wang di tangan.Namun....kita mampu mengubah keadaan jika kita mahu!
Firman Allah swt:
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.'
(SurahAr-Rad:11)
InsyaAllah dalam post berikutnya,akan saya kongsikan beberapa tips untuk mengurus kewangan kita yang memang kurus!
Thanks puank sudah memberi nasehat yg berguna ini
ReplyDeleteSma2,smg blh jd renungan utk semua
ReplyDeleteHello, I'm coming
ReplyDelete