Terhimpit dengan beban tugas yang harus dipikul,kadangkala diri ini rasa bersalah pada teman-teman justeru tidak dapat update blog sekerap yang diharapkan.Begitulah rutin kehidupan insan.....
Apapun situasi yang dihadapi,diri ini mengharapkan agar dapat konsisten dalam apa jua yang dilakukan.
Konsisten dalam Bahasa Arab bermaksud istiqamah.Mengikut pendapat sahabat Omar bin Khattab,'Istiqamah ialah suatu keadaan di mana kamu mengikut perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh agama secara berterusan dan tidak berdolak-dalik serta ke sana ke mari seperti musang.'
Jika dilihat kepada persekitaran kita kini,salah satu punca pendidikan kita gagal melahirkan insan cemerlang adalah kerana kegagalan PENDIDIK untuk konsisten dengan nilai-nilai murni yang diterapkan
HARUS DIINGAT bahawa pendidik bukan hanya merujuk kepada guru sahaja,tetapi ibubapa,masyarakat,pihak pemerintah juga adalah termasuk golongan ini.
Contohnya,para pemimpin sering menyarankan remaja mengamalkan cara hidup yang baik dan berbudi-bahasa.
Sebaliknya di kaca TV para artis yang rendah akhlaknya ditonjolkan,hiburan diutamakan,filem-filem tidak bermoral dijadikan tontonan dan para ilmuwan ditonjolkan hanya sebagai selingan.
Begitu jua dalam institusi keluarga.Si ayah mengajar anak untuk tidak merokok tetapi dia sendiri merokok!Ibu bapa mengajar anak supaya jangan berbohong,tetapi mereka sendiri melakukan perbuatan itu sewenang-wenangnya.
Di manakah NILAI PERKATAAN KONSISTEN itu?
Memang tidak dinafikan bahwa syaitan sering mencari peluang agar manusia gagal menjadi konsisten.Untuk cemerlang,kita harus sanggup konsisten di atas kebaikan.Justeru itu,lebih baik amal sedikit tetapi berterusan daripada banyak tetapi tidak berkekalan.Sabda Rasulullah saw:'Sebaik-baik agama adalah yang berterusan.'
Jadikanlah kisah Barsisa di bawah ini sebagai renungan.Barsisa adalah ahli ibadah terkenal pada zaman Bani Israel.Untuk menyesatkannya,iblis telah mengutus syaitan yang menyamar sebagai ahli ibadah untuk mendampinginya.
Kesungguhan syaitan ini amat mengagumkan Barsisa dan syaitan itu mengajarkan Barsisa satu doa yang dapat menyembuhkan penyakit.Sejak hari itu Barsisa menjadi terkenal kerana boleh mengubatkan pelbagai jenis penyakit.
Hinggalah pada suatu hari,syaitan telah merasuk seorang wanita yang amat jelita dan akhirnya terpaksa dirawat oleh Barsisa.Beliau terpegun melihat kejelitaan wanita itu dan ketika itulah syaitan memujuk Barsisa untuk melakukan zina.Beliau akhirnya melakukan zina dan wanita itu mengandung.Begitulah kuasa Tuhan...yang haram tu cepat je lekat,kalau yang halal tu kadangkala jenuh nak dapat zuriat!
Syaitan kemudian datang menemui Barsisa dan berkata,
'Celaka kamu.Jika dibiarkan,kamu akan mendapat malu.Aku cadangkan kamu bunuh aje wanita itu.Jika keluarganya bertanya tentangnya,katakan syaitan telah merasuknya dan telah melarikan diri.'
Wanita itu pun dibunuh oleh Barsisa.Syaitan begitu gembira dan mencadangkan mayat itu ditanam di tepi bukit.Syaitan terus memainkan peranan dengan menjelmakan dirinya dalam mimpi saudara-saudara wanita tersebut dan menceritakan kisah Barsisa dan menunjukkan di mana mayat itu ditanam.Akhirnya mayat wanita itu ditemui dan Barsisa didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.
Sebelum menjalani hukuman,syaitan datang sekali lagi dan berkata,'Aku adalah ahli ibadah yang mendampingimu sebelum ini.Perbuatanmu amat terkutuk dan kamu tidak dapat menyelamatkan diri melainkan jika kamu mematuhi arahanku yang terakhir iaitu sujud kepadaku.'Barsisa pun terus sujud kepada syaitan dan matilah dia dalam kekufuran.
Untuk kekal konsisten,bukanlah semudah melafaz kata,apatah lagi syaitan sentiasa mengintai peluang.Sempena tahun baru ini,marilah kita sama-sama kita berusaha untuk konsisten terutama yang melibatkan amalan fardu.Langkah seterusnya ialah dengan memerhati ruang masa dan tindakan yang boleh diambil.Bagaimana pencapaian gemilang dapat diraih,buat perancangan dan fokus!Harus diingat...
apapun perancangan kita,mestilah selari dengan keredhaan Allah agar kita tidak tersesat di belantara kehidupan.
Apa yang paling penting selepas itu adalah kesungguhan kita dan sikap konsisten dalam melaksanakan yang dirancang. apapun perancangan kita,mestilah selari dengan keredhaan Allah agar kita tidak tersesat di belantara kehidupan.
Salam...
ReplyDeleteIstiqamah hanya hadir pada jiwa yg benar-benar berkeinginan.
Mengkaji melahirkan minat, minat melahirkan kesungguhan, kesungguhan menzahirkan istiqamah...insyaAllah.
salam kenal,
ReplyDeletepandai awak menulis.. teruskan usaha murni ni.
assalamualaikum ummi ida..
ReplyDeletesyukran ats prkongsian tulisan ni..terpujuk hati agar lebih mengahrgai nilai istiqomah..
semoga Allah merahmati ummi ..:)
Assalamualaikum..
ReplyDeletesemuanya harus bermula dengan niat yang betul. teruskan perjuangan anda...