Followers

Saturday, March 20, 2010

Sinarilah HATI ini

Bila balik kampung baru-baru ini,teringat ummi waktu kecil dahulu.Dengan tiada bekalan elektrik,waktu malam kami terasa amat panjang.Apa taknya,terpaksa tidur awal kerana gelap.Bermula dari waktu senja,kami dah berkumpul dalam rumah,tak berani nak bergerak.Apatah lagi abang-abang sering takut-takutkan dengan cerita hantu.
Kadangkala bila ayam mula berkokok ,kami masih terkebil-kebil di katil,tak berani ke mana.Lampu pelita yang ada biasanya mak akan padamkan untuk jimat minyak.Terasa betapa susahnya hidup ketika itu bila berada dalam kegelapan.Ummi rasai keadaan ini sehinggalah ummi berada di Tingkatan 1.
Begitulah sifat manusia yang tersangat perlu kepada cahaya.Sekarang pun,bila bekalan elektrik terputus pada waktu malam,semua orang jadi gelabah dan kelam-kabut.Kerana perlukan cahaya juga,maka lilin atau lampu suluh diusahakan segera sebagai alternatif.Kadang-kadang pasang handset pun jadilah,asal dapat sedikit cahaya.
Sebenarnya temanku...
Keperluan manusia pada cahaya hidayah,cahaya keimanan dan kebenaran adalah berjuta kali lebih amat diperlukan.Jika 'nur' itu tiada, gelap-gelitalah akan 'kerajaan' rohaniah dan batiniahnya.Biarpun sang mentari memancarkan sinarnya ke pelusuk bumi....biarpun cahaya lampu menyinari setiap penjuru rumah....biarpun lampu jalanan membias indah....namun ia masih tersesat,masih terkandas dalam arus dosa kerana 'nur' hatinya sudah terpadam.
Bayangkan sibuta berjalan di tengah kegelapan malam.....begitulah perumpamaan insan yang kelam hatinya.Kegelapan hati ini kadangkala dapat dirasai apabila manusia menjadi bingung,gelisah dan tidak tentu hala sehingga melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama.Akhirnya boleh membawa bermacam bala dan bencana tanpa disedari.
Sabda Rasulullah saw:
'Kebaikan menyebabkan sinaran putih di wajah,cahaya di dalam hati,keluasan dan kelapangan di dalam rezeki,kekuatan pada badan dan kecintaan dalam hati orang lain.Sementara kejahatan dan kederhakaan menyebabkan kehitaman pada wajah,kegelapan di dalam hati,kelemahan pada badan,kekurangan pada rezeki dan kebencian di dalam hati orang lain.'
Justeru itu temanku...
marilah kita berusaha mengembalikan cahaya di hati kita....agar kita tidak terus leka dengan kebahagiaan yang palsu.Semoga Allah sentiasa menitipkan cahaya di hati kita untuk kita terus melalui hidup ini dengan mengenal secara jelas mana jalan yang benar dan yang salah.
Firman Allah swt:
'Dan kepada mereka yang benar berjihad untuk mencari keredhaan Kami,akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami(petunjuk).Sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang yang berbuat baik.'
(surah Al-Ankabut:69)

Friday, March 12, 2010

Terimalah seADAnya

Debaran ibubapa yang mempunyai anak mengambil peperiksaan SPM 2009 telah berakhir.Bagi yang berjaya alhamdulillah diucapkan kerana Allah memberi laluan mudah untuk meneruskan langkah seterusnya.Bagi yang kurang berjaya tentunya terpalit sedikit kekesalan justeru laluan selepas ini akan lebih beranjau.
Apapun keputusan yang diterima,itulah ketentuan yang Allah tetapkan.Anak-anak telah berusaha sedaya mungkin....Jangan terus-terusan salahkan mereka jika kurang berjaya kerana apa jua yang terjadi ada hikmah disebaliknya.Apa yang penting,berilah semangat dan sokongan kepada mereka agar mereka tidak rasa terpinggir.Sekarang ni kalau berleter pun tak guna.Begitulah rencah kehidupan....tidak semua yang kita ingini dalam hidup pasti akan kita perolehi.
Tidak dinafikan senario sekarang mengukur kualiti anak berdasarkan kecemerlangan akademik semata.Itu pandangan manusia TAPI bukan di sisi Allah!
Firman Allah swt:
Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah di antara kamu ialah orang yang paling bertakwa kepadaNya.
(Surah Al-Hujurat:13)
Walau apapun....bersyukurlah jika anda mempunyai anak yang soleh,taat kepada Allah dan Rasul,beradab,berakhlak mulia dan suka berbuat kebaikan.Jika anak tidak membesar dengan pakej seperti ini,seharusnya sebagai ibubapa muhasabahlah diri masing-masing.Adakah kita telah memainkan peranan yang sepatutnya?Umpama kita menanam pokok,kita perlu sentiasa menjaga dan memagar pokok yang ditanam dari diserang penyakit dan serangga yang memusnahkannya.Bukan tanam dan tinggal begitu saja!
Untuk mendapat anak yang berjaya juga,perlu disertai didikan,latihan,pemantauan dan kawalan.Justeru,jangan pikulkan segala kesalahan ke atas anak-anak.Masing-masing dari kita ada peranan sendiri.Sama-samalah kita berusaha agar fitrah suci yang lahir tidak rosak dek kerana salah didikan!

Friday, March 5, 2010

Carilah DALAM diri

Semakin hari,ramai insan yang semakin berani.BERANI tak bertempat!Berani melakukan maksiat walaupun di khalayak ramai.Bukan tak tau perkara tu tak elok,tapi manusia sanggup meletakkan nasibnya di tangannya sendiri.DAN....bila mendapat balasan dari Tuhan,mereka kata 'dah takdir........'
Sedangkan diri sendiri kadangkala tau ia berpunca dari diri yang cari pasal dengan Allah.Melakukan maksiat terang-terangan yang pasti mendatangkan kemurkaanNya.
Di mana silapnya jika kita solat tapi masih melakukan perkara yang dilarang?Tak lain tak bukan jawapannya terletak pada diri anda sendiri.Jika kita tidak meletakkan hati untuk Allah,pastinya tiada erti solat kita.Amalan yang kita lakukan sekadar memenuhi syarat dan bukan lahir dari keinsafan.
Sebenarnya segala perkara menjadi ibadah jika diniatkan kerana Allah.Tetapi kita sering lupa peraturan yang telah ditetapkan.
Sedar atau tidak,kita telah meletakkan diri dalam golongan orang yang rugi.Apapun yang kita lakukan,mulakan dengan baik.Jika maksiat yang kita mulakan,maka maksiat jugalah hasilnya.Kebaikan dan keburukan tak boleh bercampur seperti minyak dan air.Kita hanya ada satu pilihan di sini.
Andai hati tak tenteram,gelisah,fikiran berserabut....carilah dalam diri apa kesilapan yang telah dilakukan.Kembalilah kepada Allah dan carilah restuNya.
Firman Allah swt:
'Ingatlah,hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenang.'
(Ar-Ra'd :28)
Duhai saudaraku....
adalah fitrah kehidupan untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan.Bahagia yang dicari adalah apabila kehidupan menepati kehendak fitrah.Meletakkan Allah,Rasul,ibu bapa dan suami pada tempatnya.
Justeru itu....hiduplah mengikut fitrah dan bukan menentangnya. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails