Followers

Saturday, October 31, 2009

layar keinsafan

Bermula saat pertemuan denganMu
aku kian mengenal erti hidup
mengerti tentang nilai diri
di celah kemelut yang berpanjangan...

Dalam sedar aku mula mengubah impian
ingin selalu dekat denganMu
meniti hari-hari yang payah
dalam timbunan tugas yang menggunung

Tuhan...
ranjau hidup tak pernah asing
turut merencahi liku kehidupan
dan kucuba kirimkan untukMU
sebuah pengharapan
agar aku dapat kembali bersamaMU
agar aku punya kekuatan
sekental Siti Khadijah
namun...Engkau masih begitu jauh

Di hujung keresahanku
aku mengetuk pintuMu lagi
menunggu cinta yang bakal datang
mengemis di dada simpati
agar.... aku selamanya di sini
kekal sebagai abdi
yang tahu harga diri

Friday, October 30, 2009

SURAT CINTA DARI ALLAH


Surat CINTA Dari ALLAH SWT

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu
dan berharap engkau akan berbicara kepada KU,
walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU
atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah
yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin……..

Tetapi aku melihat engkau begitu sibuk
Mempersiapkan diri untuk ke sekolah…..

AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap
AKU tahu aka nada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU,
tetapi engkau terlalu sibuk……………

Di satu tempat, engkau duduk di sebuah kerusi selama lima belas minit
tanpa melakukan apapun
Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu.
AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU
tetapi engkau berlari ke telefon
dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi ke sekolah
dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari.
Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir
engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Sebelum makan tengahari AKU melihatmu memandang sekeliling,
mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU,
itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu
dan melihat beberapa temanmu berbicara
dan menyebut namaKU dengan lembut sebalum menyantap rezeki yang AKU berikan,
tetapi engkau tidak melakukannya………
masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang ke rumah
kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.


Setelah tugasmu selesai, engkau menonton TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya,
tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yang ditampilkan.

Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV
dan menikmati makananmu tetapi kembali
kau tidak berbicara kepadaKU……………

Saat tidur,KU fikir kau merasa terlalu letih.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,
kau melompat ketempat tidur
dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU,kau sebut.

Engkau menyedari bahawa AKU selalu hadir untukmu.
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain.
AKU sangat menyayangimu,setiap hari AKU menantikan sepatah kata,
d’oa,fikiran atau syukur
dari hatimu…

Keesokan harinya….engkau bangun kembali
dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih
bahawa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu
untuk menyapaKU…Tapi yang KU tunggu….
tak kunjung tiba….tak juga kau menyapaKU.

Subuh……Zuhur…..
Asar……Maghrib…..Isyak dan Subuh
Kembali,kau masih mengacuhkan AKU….tak ada
Sepatah kata,tak ada seucap doa,dan tak ada rasa ,
tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU.

Apa salahKU padaMU….Wahai HAMBAKU????
Rezeki yang KU limpahkan,kesihatan yang KU
Berikan,harta yang KU relakan,makanan yang KU hidangkan,
anak anak yang KU rahmatkan,apakah hal itu tidak membuatmu ingat KepadaKU……!!!!
Percayalah AKU selalu mengasihimu,dan AKU
Tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKU,
memohon perlindungan KU,bersujud Menghadap KU…
Yang selalu menyertaimu setiap saat……..

AKU MAU CANTIK


Setiap kecantikan datangnya daripada Allah Ta'ala.Suatu ketika dulu,kita tidak pernah terfikir bahawa dengan teknologi moden,manusia mampu merampingkan pinggang,menghilangkan kedut-kedut di muka dan memancungkan hidung.Malah di era kemodenan ini,rupa paras boleh diubah melalui pembedahan plastik dan tua boleh dilewatkan dengan memakan hormon estrogen.

Ada pula manusia sanggup mati akibat menahan lapar iaitu aneroxia nervosa.Ada pula yang rela bersenam berjam-jam sehari,dan membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk tampil cantik.

Kecantikan fizikal tiada ertinya di sisi Allah swt .
Apalah yang hendak kita banggakan sedangkan ia mungkin menimbulkan perasaan riya' dalam diri yang bakal menyusahkan diri kita apabila berhadapan dengan Allah swt kelak.Jika Allah berkehendak,dalam sekelip mata kecantikan kita boleh hilang.

Hidup di dunia...umpama menumpang untuk beberapa ketika.Sebagai penumpang,sedar-sedarlah diri kerana segalanya bukan milik abadi kita.Kecantikan diri jua kurniaan Allah dan tetap milikNya.Memadailah dengan apa yang ada.....usah gusar dan gelisah lalu mengubah kecantikan asli yang diberi Allah.

Menurut Bukhari"Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur(menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bul
u kening)"
(Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


Ingatlah teman-teman,Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada wajah yang manis,pada putih kuning kulitnya,tubuh atau sorotan mata yang menawan,tetapi biarlah hati dan juga akalnya juga cantik.

Malah kecantikan hati diletakkan paling utama,diikuti dengan kecantikan akal dan akhir sekali barulah kecantikan paras rupa.Kecantikan paras rupa ini ada atau tidak ada,sama sahaja di sisi Allah Ta'ala.


Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Zar:
"Lihatlah sesungguhnya engk.au tidak dinilai mulia kerana kulit merah dan juga kerana hitam, sebaliknya mulianya kamu dengan sebab taqwa"
(Riwayat Ahmad)







TIPS MENGUATKAN DAYA INGATAN

Bagi teman-teman yang memerlukan kekuatan minda untuk mengingat sesuatu,tips berikut boleh dijadikan panduan,insyaAllah...

1. Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat.Amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

2. Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik dengan membaca Al-Quran dan berzikir.

3. Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yang dijual di farmasi atau melalui syarikat jualan langsung tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi hakikatnya ada yang memberi kesan sampingan. Adalah lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang.

4. Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

5. Elakkan Kemurungan.

Kemurungan dalam hidup menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan beramal-ibadah dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

6. Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi dan sebagainya.Minta nasihat doktor terlebih dahulu.

7. Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya mempelajari sesuatu kemahiran.

8. Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

9. Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

10. Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu.
contohnya memberi konsentrasi semasa mendengar ceramah.


11. Bermain Dengan Angka.

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

12. Membaca Al-Quran

Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.









WASIAT IMAM SYAFIE

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.


1. HAK KEPADA DIRI.
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


3. HAK KEPADA KUBUR

Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


7. HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


8. HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


9. HAK KEPADA NABI SAW

Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


10. HAK KEPADA ALLAH SWT

Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.









SALAM PERKENALAN


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya berjaya membina blog saya sendiri.Diharap usaha saya ini dapat memberi manfaat kepada semua.Semoga ia menjadi satu wadah untuk para muslimah mendapat informasi dan ilmu yang berguna terutama tentang hal wanita.Harapan saya agar Allah memberi kekuatan dan ilham untuk terus berjihad di jalanNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails