Followers

Saturday, October 16, 2010

Jangan putus asa

Demam peperiksaan terus menular kepada pelajar SPM pula.Begitu jua pelajar lain kerana peperiksaan sekolah semakin hampir.Pastinya ibubapa yang menghadapi anak yang mengambil peperiksaan awam menjadi lebih panik dari anak yang hendak periksa.
Bagi ibubapa yang anaknya belum faham erti kejayaan dan kecemerlangan.....usahlah putus asa.Anda harus berusaha untuk mereka dahulu.Bangunkan mereka dari tidur yang lena agar mereka tidak bermimpi yang ngeri.
Bantulah anak-anak untuk meraih kejayaan.Bukan semudah itu ya......sebab ada anak yang memang tidak kisah.Ibarat mencurah garam ke laut.Dia tidak kisah pun apa akan jadi dengan kehidupannya kelak.Dalam kes ini keadaan menjadi lebih rumit.TAPI kegigihan,usaha dan doa yang tidak pernah lekang dari mulut,insyaAllah akan membantu anak mempunyai kemahuan untuk berjaya.
Duhai ibubapa....
melihat kes pembuangan bayi di sana-sini,terasa betapa mudahnya manusia mengambil ringan akan kewujudan seorang anak.Kalau pun bayi tersebut tidak dibuang,TAPI ibubapanya tidak pernah mengambil berat akan perasaan dan keperluan anak,samalah jua seolah-olah anak tidak wujud dalam diari mereka.Perkara ini nampak nyata apabila anak-anak meningkat remaja.Ada kes remaja perlu mencari duit sendiri.Ada tu zip seluar sekolah anak berbulan tidak diperbetulkan,koyak tidak berjahit.Itu semua menunjukkan apa?Hilang rasa peka ibubapa terhadap perkembangan anak sendiri.Bagaimanalah anak ini tidak mencari perhatian dan kasih sayang di luar?
Ingatlah para ibubapa....
Anak perlukan sokongan moral dari kita.Apa salahnya luangkan masa untuk mereka sedikit setiap hari,lihat kebajikan dan keperluan mereka.Kenal siapa kawan-kawan mereka.Kebanyakan anak yang menghadapi masalah disiplin biasanya datang dari institusi kekeluargaan yang rapuh.Setakat mana guru di sekolah boleh membantu....sedangkan masa di luar lebih panjang.Kita sebagai ibubapa harus sedar bahawa tugas mendidik anak itu bukan hanya terpikul di bahu guru.
Ingatlah bahawa kegigihan anda membantunya mengharungi kehidupan ini boleh membawa perbezaan besar ke dalam hidupnya.Suatu hari nanti mungkin anak-anak akan faham apabila hatinya telah terbuka.Untuk itu teruskan usaha dan berdoa.....pemegang hatinya adalah Allah yang Maha Berkuasa dan bukan kita atau dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails