Followers

Saturday, February 26, 2011

Masanya sudah tiba?

Apabila mengingat sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
Umur-umur umatku berkisar antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun.Sangat sedikit antara mereka yang umurnya lebih daripada itu.    (Riwayat Tirmizi)
 aku terfikir sendiri berapa lama lagi masa yang ada? Nabi Muhammad saw wafat pada usia 63 tahun.Kalaulah kita dapat mencapai umur tersebut pun dah dikira beruntung....kerana ramai juga yang meninggal pada usia 50 an dan ramai juga menemui ajal sebelum, itu lagi.Nak kata kita boleh hidup sampai umur 150 tahun pun rasa mustahil kini...apatah lagi dengan faktor persekitaran yang tercemar dan pemakanan yang tidak membantu kita untuk hidup lama.
Jika dibandingkan dengan alam akhirat, 1 hari di sana menyamai 1000 tahun di dunia.Jadi,kalau kita boleh hidup hingga 63 tahun,itu bermakna lebih kurang 1 jam  1/2 sahaja hidup di akhirat.Firman Allah swt:
 Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat) dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja daripada waktu siang hari. 
 (Surah Yunus:45)
Bersyukurlah kini kita masih dapat menghirup udara pagi dan menjalani rutin seharian.Tapi.... adakah kita telah gunakan masa yang ada dengan sebaiknya...atau biarkan ia berlalu dengan sia-sia?Walaupun kita tidak tahu bila masa kita akan tamat,satu yang patut  kita sedari ialah semakin lama kita hidup,semakin pendeklah usia yang masih tinggal.Imam Shafie dalam syairnya menyatakan:
'Sangat aneh melihat masa yang berlalu terlalu laju tetapi lebih aneh sikap manusia yang melalaikannya'

  Usia yang tersia-sia tidak dapat dikembalikan berbanding wang yang dibazirkan.Wang masih boleh dicari jika anda bekerja keras...tetapi masa yang berlalu tidak dapat dicari semula.Umpama memijak air di sungai,anda tidak dapat memijak air yang sama untuk kali kedua setelah ia mengalir ke hilir.Walau apapun senjata canggih yang anda ada...pastinya tidak dapat mengejar masa yang berlalu.DAN  kita semakin hampir dengan kematian.
 
Masa 1 1/2 jam....apalah yang kita boleh buat.Kalau dalam dewan peperiksaan,rasanya kita tak sempat pun nak menoleh kat kawan ,  kerana takut tak cukup masa.Apa yang pasti,muka jam gak yang dipandang dari masa kesemasa..takut habis masa. Maka begitulah sewajarnya kita yang masih hidup ini. Walaupun singkat,ia amat kritikal dalam menentukan kebahagiaan atau kecelakaan yang menimpa hidup kita di akhirat kelak.
Sedarkanlah diri bahawa kita bukan boleh hidup selamanya.Jadi apa persediaan kita? 
Ulama-ulama yang terkenal seperti Imam al Nawawi meninggal pada usia 45 tahun.Imam Hasan al-Banna pada usia 48 tahun,manakala Imam Syafie pada usia 54 tahun.TAPI apa yang mereka telah sumbangkan?Terlalu banyak jasa mereka untuk dunia Islam.Jadi saudaraku....usia umpama harta.Bukan banyaknya yang menjadi perhitungan....tetapi keberkatannya.Kalau usia panjang tapi tidak bermanfaat,tiada gunanya...sekadar menambah beban dosa.
Justeru itu wahai saudaraku...
dalam sesibuk manapun kita dengan hal dunia,ingatlah bekal kita untuk dibawa ke akhirat.Jika jiwa masih kosong,belajarlah dan carilah ilmu.Perlu ada langkah permulaan...jika tidak bila lagi.Apabila kematian tiba,peluang beramal ibadat telah tamat.Setiap kita ada ketetapan masing-masing.Umpama kita menaiki bas,ada yang naik dulu tapi turun kemudian.Ada pula naik kemudian tapi turun dulu.Firman Allah swt:
' Maka apabila telah datang ajal mereka,mereka tidak dapat mengundurkannya walau pun sesaat dan tidak boleh pula mempercepatkannya'
(surah al-A'raf :34)
Marilah kita sama-sama menampung kekurangan yang ada dan berdoa agar kita tidak termasuk dalam golongan orang yang alpa.Amin..

Friday, February 25, 2011

Jom tiru

Setelah berabad lamanya AlQur'an dan hadis menceritakan tentang kaedah pemakanan yang baik,barulah kini pakar pemakanan dan perubatan mengiakannya.Marilah kita sama-sama berkongsi maklumat tentang cara Rasullulah saw memilih makanan .

a. Dalam Sahih Bukhari ada menyatakan bahawa Nabi saw melarang mencampurkan tamar mentah dan tamar kering.Rupanya Sains moden menyokong tabiat makan ini.Kajian menunjukkan kombinasi makanan ini menghasilkan paras Ph yang tidak seimbang,menjadi punca sembelit dan masalah penghadaman yang lain.
Manakala Dr Ted Morter,yang terkenal dengan bukunya 'Your health....Your choice' menasihatkan kita supaya tidak makan buah segar dengan makanan lain,sekalipun buah kering.Ini kerana buah segar dikategorikan sebagai makanan prahadam yang bergerak terus ke usus.Jika dimakan dengan makanan lain,ia akan tertapai sendiri bersama dengan makanan lain di dalam perut.
b. Aisyah juga menyebut bahawa Nabi melarang menggabungkan ikan dan susu.

Dr Krohn dalam bukunya,"The whole way to Allergy relief and prevention" menasihatkan kita agar tidak menggabungkan susu dengan coklat atau ikan kerana gabungan ini mendatangkan mudarat kepada mereka yang menghidap alahan.Selain itu,Rasulullah saw melarang kita menggabungkan susu dengan daging,ayam dan buah. Rupanya para saintis telah menjumpai fakta bahawa jika ada suapan daging/ayam + ikan,akan terjadi tindakbalas biokimia yang boleh merosakkan usus.
c. Rasulullah makan buah bila perut kosong sebelum hidangan utama.
Ini terbalik dengan kebiasaan kita yang makan buah atau dessert selepas hidangan berat.Makanan berat mengambil masa untuk dihadamkan dan asid dan gas dihasilkan semasa proses ini.Itu sebab kadangkala perut kita kembung kerana mengambil kombinasi makanan yang salah!
d. Rasulullah saw tidak bernafas semasa minum
Ini kerana bila kita hembus,kita mengeluarkan CO2 yang apabila bercampur dengan air,H20, menjadi H2CO3,iaitu sama dengan cuka.Justru....minuman menjadi berasid.Begitu jua...jangan hembus air yang panas,kerana sebabnya sama seperti di atas.

Sedikit maklumat yang diperolehi ini diharap dapat dijadikan panduan terutama kepada kaum wanita apabila menyediakan hidangan untuk keluarga.Segala yang dilakukan oleh Rasulullah saw pastinya ada sebab tersendiri yang tidak perlu dipertikaikan dan telah dibuktikan oleh pakar pemakanan.Apa yang baik jadikan ikutan dan yang memudaratkan perlu ditinggalkan.

Melihat cara pemakanan masyarakat masa kini memang amat menakutkan.Belum lagi melihat betapa ramai yang sakit disebabkan faktor pemakanan.Jumlah orang berpenyakit kronik semakin meningkat dari hari kesehari dan bila pula masa kita?Sudah masanya kita memikirkan apa yang kita makan dan contohi cara diet Rasulullah saw agar kita dapat hidup untuk melihat anak cucu membesar!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails