Followers

Saturday, January 16, 2010

Orang Tua yang NAKAL


Pada masa kini kita banyak menyentuh tentang isu remaja yang nakal.TETAPI kita jarang memperkatakan tentang orang tua yang nakal.Kalau diikutkan,orang tua inilah yang banyak mempengaruhi kehidupan anak-anak.
Kenakalan orang tua ini boleh kita temui di mana-mana.Bukan hanya di rumah....TETAPI di dalam masyarakat,orang-orang dewasa disekeliling kita dan ada di mana-mana.
Duhai saudaraku...

Kerosakan yang melanda remaja kini telah digambarkan dengan meluas.TETAPI bagaimana dengan orang tua?Sebenarnya masalah gejala sosial yang melanda negara kita ada kaitan dengan akhlak orang-orang tua yang nakal ini.Cuba kita lihat kenakalan orang tua di dalam keluarga.
1. Soal akhlak Islam dipinggirkan

Adalah perkara biasa jika orang tua menyuruh anak membeli rokok.Pagi ini,di belakang dewan astaka,sebelum sampai ke sekolah,saya menemui pelajar yang merokok dan dia tidak perasan yang dia sedang bercakap dengan seorang guru.Dia terus hisap sambil membalas pertanyaan saya yang membuktikan bahawa merokok itu sudah menjadi kebiasaan padanya sampai tak perasan siapa di depan dia.Saya kira perkara yang sama dilakukan di rumah.Tiada siapa yang ditakutinya kerana ayah dan abangnya juga merokok.
2. Mengabaikan perlaksanaan syariat

Contoh yang nyata ialah solat.Samaada orang tua pun tak solat atau melengah-lengahkan solat.Kesian..ada anak membesar tanpa diingatkan atau disuruh solat!Antara sebab kes datang lewat ke sekolah apabila ditanya adalah kerana ibubapa tidak kejutkan mereka pada waktu pagi.Benar atau tidak,wallahualam.Bila mereka yang datang lewat ni dikumpulkan,suruh ambik wudhu' dan qadha' solat subuh bagi yang belum solat,nampak betapa ibubapa benar-benar lepas tangan dalam memimpin anak-anak mereka.
3. Kurang perhatian dan kasih sayang
Anak yang membesar tanpa perhatian biasanya menjadi seorang yang keras hati dan anak yang membesar tanpa belaian kasih sayang jiwanya akan ketandusan sikap lemah-lembut.
Sabda Rasulullah saw:
'Orang yang paling baik di antara kamu ialah yang paling penyayang kepada keluarganya.'
Bagaimana pula kenakalan orang tua dalam masyarakat?
1. Tidak bekerja sesungguh hati.
Masih ada orangtua suka lepak di kedai kopi,main judi,dam.Kalau malas kerja alamat tidak berasaplah dapur kalau takda pendapatan tetap!

2. Berapa ramai orang tua yang mengunjungi pub,kelab malam,pusat karaoke?
Bukan setakat pergi,yang mabuk terhoyong-hayang tu apa cerita?Jika di luar bandar,budaya berkaraoke di waktu malam dah jadi kebiasaan di sesetengah tempat.Yang sedihnya,para ibu pun ada melalak sama!
3. Menonton video lucah atau membeli bahan lucah.

Terlalu mudah untuk mendapatkan bahan-bahan ini sekarang.Kalau orangtua pun beraksi muda kembali,apatah lagi anak-anak yang memang muda remaja!Tidak tergambar rasa muak saya bila menemui satu kes di mana ibubapa menonton video lucah bersama anak-anak seawal usia mereka belum mencecah alam persekolahan lagi.Kesannya,semasa di sekolah rendah lagi,anak tersebut telah terlibat dengan berbagai kes termasuk kes merogol!
Kenakalan orang tua dalam pemerintahan?Ada ke?

Sebagai barisan yang mempunyai kuasa,sepatutnya mereka ni berusaha membenteras dan menutup tempat-tempat maksiat.Ini tidak lesen arak,judi,kelab malam,tempat pelacuran terus hidup bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Ini kita salahkan remaja sahaja,sedangkan orang-orang tua inilah yang menyediakan sarang-sarang pelacuran dan maksiat!(gambar sekadar hiasan)
Duhai orangtua.......

Jangan salahkan remaja secara melulu.Mereka mungkin korban keadaan yang dilakukan oleh orang-orang tua.Sepatutnya bila kubur kata mari,rumah kata pergi,mereka perlu lebih serius dalam memimpin anak-anak ke jalan yang benar.Renung-renungkanlah.....selagi orang tua ni tidak dibetulkan,begitulah jua anak-anak yang lahir dari kantung mereka!

10 comments:

  1. salam ummi..

    alangkah indahnya jika semua manusia memainkan peranan sebaik-baiknya..

    ReplyDelete
  2. Salam Ummi ida,

    itulah namanya tak tahu mensyukuri nikmat yang Allah beri..hanya sedikit sahaja manusia yang bersyukur: http://permatainn.blogspot.com/2010/01/memanglah-hanya-sedikit-sahaja-orang.html

    ReplyDelete
  3. Salam..:)

    Bila manusia terlalu mementingkan diri maka begitulah jadinya...amanah diabaikan hingga terjadinya banyak kemungkaran...

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum mazidah

    benar sekali pemerhatian mazidah itu

    ReplyDelete
  5. Salam Ummi.

    Ini bukan komen N3 di atas.. nak tulis di chat box sebenarnya tp chat box Ummi pagi ni tak berfungsi.. jadi kak tulislah di sini

    Ummi boleh ambil mana2 artikel kak, sememangnya kak dipesan agar menyampaikan apa2 yang didengar biarpun sedikit. Mudah2an artikel tu berguna dan memberi manfaat kepada ramai. Terima kasih krn nak sampaikan kpd pelajar ummi. Semuanya itu krn pertolongan Allah.

    ReplyDelete
  6. salam,

    Ade peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau nak mendidik anak tu sebaiknya dari awal lagi. Emm kalau dah tua tu payah la sikit. Tapi pokok pangkalnya diri sendiri juga kalau nak berubah tu memang boleh.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum,

    Rasulullah SAW telah bersabda:
    "Pertama2 yg akan terangkat dari manusia(di akhir zmn) ialah sifat amanah dan yg paling akhir kekal ialah solat, malangnya banyak org yg bersolat tanpa ada kebaikannya sedikit pun"

    ReplyDelete
  8. post yg menarik sekali..
    http://mrbohie.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails