Followers

Saturday, February 6, 2010

Tiada terduga AKAN terjadi

Miza(nama samaran) hilang arah tujuan.Rasa gelap seluruh hidupnya.Memandang anak-anaknya membuat hatinya bertambah sayu.Kepada siapa lagi perlu dia mengadu.Kehilangan suami dalam sekelip mata merasakan jantungnya seperti terhenti.Begitulah kisah yang terjadi kepada Miza.
Suaminya pergi buat selama-lamanya setelah disahkan mengidap kanser dalam usia baru 36 tahun.Dengan anak-anak yang masih kecil dengan dua daripadanya anak istimewa,terasa tak tertanggung oleh jiwa.Siapa sangka suami yang dulunya aktif,sihat,menemaninya ke sana ke mari rupanya menyimpan penyakit yang tidak pernah disuarakan kepada orang lain...hatta kepada isterinya sendiri.
Kadangkala dia menangis tidak tertahan-tahan,apatah lagi jika salah seorang anaknya buat hal.....
Menjaga anak istimewa saya kira tidak semudah kanak-kanak normal.Kesedihan yang menyelubungi jiwanya kadangkala membuat saya sendiri menangis.Itu adalah ujian yang Allah beri untuknya...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Nasibnya sungguh baik kerana 3 bulan sebelum suaminya meninggal,arwah telah membeli sebuah rumah.Adalah tempat untuknya berteduh.Nasib baik insurans cover,tak perlulah dia menyambung pembayaran rumah tersebut.
Sebenarnya saya bawakan kisah sebenar di atas sebagai peringatan kepada para suami yang ada di luar sana.Beringatlah dan rancanglah untuk orang-orang yang kita sayangi.Langit tak selalunya cerah.Duit banyak manapun boleh habis.Apa salahnya beringat sedikit sebelum sesuatu yang buruk terjadi,terutama bagi yang berpendapatan rendah.Nak kumpul duit sendiri rasanya sukar.Tapi jika kita sisihkan sedikit duit untuk insurans contohnya,sekurang-kurang anak-anak kita tidak merempat atau terpaksa menagih simpati orang lain apabila mereka kehilangan dahan untuk berpaut.
Cuba kita melihat anak-anak yang kehilangan ibubapa perlu dipisahkan dan duduk di rumah anak yatim kerana saudara-mara tidak berupaya menanggung mereka.Adakah anda ingin anak-anak anda mendapat nasib yang sama?Kematian pada zaman moden kini tidak mengenal usia.Abang saya sendiri meninggal pada usia 43 tahun di tempat kerja.Dia tidak pernah sakit dan tidak pernah disahkan ada penyakit jantung.Tetapi tiba-tiba dia pengsan di tempat kerja dan meninggal dalam perjalanan ke hospital.Bayangkan pada tengahari kejadian,arwah sempat balik makan bersama isterinya.....namun itulah detik terakhirnya bersama orang yang tersayang.
Justeru itu....
Marilah kita sama-sama beringat untuk orang-orang yang kita sayangi.Kalaulah kita tahu apa yang bakal terjadi.......

8 comments:

  1. salam,

    Benar ajal maut itu di tangan Tuhan. Pun begitu suami isteri kenalah buat persediaan. Suami boleh standby dengan skim perlindungan keluarga. Bagi si isteri jangan terlalu bergantung 100% pd suami. Sekali sekala belajar juga berdikari. Mana tau malang tak berbau. Buat teman tu moga dia mendapat sepenuhnya kekuatan untuk mengharung kehidupan yang mencabar ini.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Yang pergi tetap pergi dan yang tinggal moga tabah dlm meniti kehidupan ini dan jangan mudah menyerah kalah. Percayalah rezeki itu di tangan Allah.

    ReplyDelete
  3. Obama versi indonesia.Tak caye ? klik sini http://ohmisteri.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam ummi,

    Kesian isteri yg kehilangan suaminya yg masih muda lagi. Doakan mereka sabar banyak-banyak ya.Hadiah al fatihah selalu kat aruah dan pasrah dgn hidup ini. Begitu juga Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang akan memelihara hambanya taat akan Nya.

    ReplyDelete
  5. salam ummi,

    Sy guna ruang komen sbb kat shoutbox post message tak masuk susah jadi maaf ya guna ruang ini utk sampai msg.

    Hari ni nak tau hadiah apa?. Klik hadiah utk lihat hadiah kpd Top 10 readers. Jgn lupa sign in difollower utk rekod setiap kali kehadiran anda.

    ReplyDelete
  6. salam Sis
    kisah di atas pernah juga berlaku di sekitar saya.ada kes,isteri tak bekerja dan arwah suami takde insurans atau simpanan,memang kalut juga awalnya.mujur ada ahli keluarga yang prihatin.mungkin pepatah melayu,sediakan payung sebelum hujan amat sesuai untuk kita...

    ReplyDelete
  7. peringatan yang sangat baik....t.kasih

    ReplyDelete
  8. Salam Ummi dan semua pembaca blog ummi,

    Saya ingin menjemput anda semua untuk participate dlm survey saya berkenaan dengan Blog Quality Evaluation. Anda juga berpeluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

    Sila layari:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    atau boleh terus ke:
    http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

    TQVM
    -zu-

    >>saya rasa suami isteri perlu tahu jika masing2 menghidapi penyakit kritikal supaya masing2 lebih bersedia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails