Followers

Saturday, March 20, 2010

Sinarilah HATI ini

Bila balik kampung baru-baru ini,teringat ummi waktu kecil dahulu.Dengan tiada bekalan elektrik,waktu malam kami terasa amat panjang.Apa taknya,terpaksa tidur awal kerana gelap.Bermula dari waktu senja,kami dah berkumpul dalam rumah,tak berani nak bergerak.Apatah lagi abang-abang sering takut-takutkan dengan cerita hantu.
Kadangkala bila ayam mula berkokok ,kami masih terkebil-kebil di katil,tak berani ke mana.Lampu pelita yang ada biasanya mak akan padamkan untuk jimat minyak.Terasa betapa susahnya hidup ketika itu bila berada dalam kegelapan.Ummi rasai keadaan ini sehinggalah ummi berada di Tingkatan 1.
Begitulah sifat manusia yang tersangat perlu kepada cahaya.Sekarang pun,bila bekalan elektrik terputus pada waktu malam,semua orang jadi gelabah dan kelam-kabut.Kerana perlukan cahaya juga,maka lilin atau lampu suluh diusahakan segera sebagai alternatif.Kadang-kadang pasang handset pun jadilah,asal dapat sedikit cahaya.
Sebenarnya temanku...
Keperluan manusia pada cahaya hidayah,cahaya keimanan dan kebenaran adalah berjuta kali lebih amat diperlukan.Jika 'nur' itu tiada, gelap-gelitalah akan 'kerajaan' rohaniah dan batiniahnya.Biarpun sang mentari memancarkan sinarnya ke pelusuk bumi....biarpun cahaya lampu menyinari setiap penjuru rumah....biarpun lampu jalanan membias indah....namun ia masih tersesat,masih terkandas dalam arus dosa kerana 'nur' hatinya sudah terpadam.
Bayangkan sibuta berjalan di tengah kegelapan malam.....begitulah perumpamaan insan yang kelam hatinya.Kegelapan hati ini kadangkala dapat dirasai apabila manusia menjadi bingung,gelisah dan tidak tentu hala sehingga melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama.Akhirnya boleh membawa bermacam bala dan bencana tanpa disedari.
Sabda Rasulullah saw:
'Kebaikan menyebabkan sinaran putih di wajah,cahaya di dalam hati,keluasan dan kelapangan di dalam rezeki,kekuatan pada badan dan kecintaan dalam hati orang lain.Sementara kejahatan dan kederhakaan menyebabkan kehitaman pada wajah,kegelapan di dalam hati,kelemahan pada badan,kekurangan pada rezeki dan kebencian di dalam hati orang lain.'
Justeru itu temanku...
marilah kita berusaha mengembalikan cahaya di hati kita....agar kita tidak terus leka dengan kebahagiaan yang palsu.Semoga Allah sentiasa menitipkan cahaya di hati kita untuk kita terus melalui hidup ini dengan mengenal secara jelas mana jalan yang benar dan yang salah.
Firman Allah swt:
'Dan kepada mereka yang benar berjihad untuk mencari keredhaan Kami,akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami(petunjuk).Sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang yang berbuat baik.'
(surah Al-Ankabut:69)

2 comments:

  1. Salam..:)


    Andaikan Nur keyakinan itu telah menerangi hatimu, nescaya engkau dapat melihat akhirat itu lebuh dekat kepadamu sebelum engkau melangkahkan kaki kepadanya, juga nescaya engkau akan dapat melihat segala kecantikan dunia ini, telah diliputi kesuraman kerosakan yang bakal menghinggapinya.

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Amin, semoga kita semua mendapat 'Nur' & pemeliharaan Allah SWT ...
    Saja jenjalan ni, & tertarik pula dgn nama 'Ummi Ida' kerana panahan cerita artis Ummie Aida :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails