Followers

Friday, March 12, 2010

Terimalah seADAnya

Debaran ibubapa yang mempunyai anak mengambil peperiksaan SPM 2009 telah berakhir.Bagi yang berjaya alhamdulillah diucapkan kerana Allah memberi laluan mudah untuk meneruskan langkah seterusnya.Bagi yang kurang berjaya tentunya terpalit sedikit kekesalan justeru laluan selepas ini akan lebih beranjau.
Apapun keputusan yang diterima,itulah ketentuan yang Allah tetapkan.Anak-anak telah berusaha sedaya mungkin....Jangan terus-terusan salahkan mereka jika kurang berjaya kerana apa jua yang terjadi ada hikmah disebaliknya.Apa yang penting,berilah semangat dan sokongan kepada mereka agar mereka tidak rasa terpinggir.Sekarang ni kalau berleter pun tak guna.Begitulah rencah kehidupan....tidak semua yang kita ingini dalam hidup pasti akan kita perolehi.
Tidak dinafikan senario sekarang mengukur kualiti anak berdasarkan kecemerlangan akademik semata.Itu pandangan manusia TAPI bukan di sisi Allah!
Firman Allah swt:
Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah di antara kamu ialah orang yang paling bertakwa kepadaNya.
(Surah Al-Hujurat:13)
Walau apapun....bersyukurlah jika anda mempunyai anak yang soleh,taat kepada Allah dan Rasul,beradab,berakhlak mulia dan suka berbuat kebaikan.Jika anak tidak membesar dengan pakej seperti ini,seharusnya sebagai ibubapa muhasabahlah diri masing-masing.Adakah kita telah memainkan peranan yang sepatutnya?Umpama kita menanam pokok,kita perlu sentiasa menjaga dan memagar pokok yang ditanam dari diserang penyakit dan serangga yang memusnahkannya.Bukan tanam dan tinggal begitu saja!
Untuk mendapat anak yang berjaya juga,perlu disertai didikan,latihan,pemantauan dan kawalan.Justeru,jangan pikulkan segala kesalahan ke atas anak-anak.Masing-masing dari kita ada peranan sendiri.Sama-samalah kita berusaha agar fitrah suci yang lahir tidak rosak dek kerana salah didikan!

5 comments:

  1. salam,

    selain ibu bapa dan pelajar, cekgu pun berdebar gak especially guru2 yg ngajar kalo prestasi merudum perlu beri penjelasan pd pentadbir.. buat lah post mortem tapi yg ptg kite dah buat yg terbaik utk anak didik kite...

    Selamat bercuti..

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Betapa kebanyakan dari kita hanya melihat prestasi anak-anak berjaya dalam peperiksaan, mendapat tempat di institusi pengajian tnggi namun tidak pernah terlintas untuk melihat persediaan mereka untuk menuju Allah. Tidak melihat mereka berebut-rebut membuat amalan di dunia ini untuk kepentingan di akhirat.

    ReplyDelete
  3. Salam. Satu nasihat yang sangat baik.Kadang-kadang kita terlupa kehebatan anak-anak kita hanya kerana pencapaian akkedemik mereka yang rendah.

    ReplyDelete
  4. salam.....

    kepada yg berjaya..tahniah diucapkan..

    ReplyDelete
  5. Salam Ummi Ida.

    Itulah yang seharusnya dilakukan oleh kita semua.. selain mengharapkan kejayaan di dunia kita juga perlu menitikberatkan kejayaan di akhirat.

    Nanti datang ke blog kak ya.. ambil award dipaskan untukmu.. di blog Bangkit Kembali ya.. thanks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails