Followers

Monday, April 5, 2010

Mengejar yang ditinggalkan

Masa berjalan dirasakan amat pantas.Kita terlalu sibuk untuk mencapai apa yang dihajati....TAPI berbaloikah kita habiskan masa untuk semua itu?Apa yang kita kejar dan sayangi dalam hidup ini?
Wang ringgit,jawatan tinggi,kereta mewah,rumah banglo,intan permata,pangkat,kemasyhuran dan berbagai-bagai lagi.Jika difikirkan,cukup ke umur yang Allah berikan untuk mencapai semua itu?Minta Allah tambah umur kita?
Dah menjadi sifat manusia yang tidak puas dengan apa yang diperolehi.Orang miskin nak kaya,orang kaya nak lebih kaya lagi.....Kadangkala tu sibuk mengira harta yang ada.
Setelah puas, kita tidur dengan nyenyak,kerana esok sibuk dengan kerja-kerja rutin.Bayangkan jika Izrail datang bertandang untuk menjalankan tugasnya...dan malam itu adalah malam terakhir kita tidur di atas tilam yang empuk dan merasa kesejukan air-cond!
NAMUN....
siapa yang boleh menghulurkan bantuan kepada kita?Kalau kita kaya,pernahle merasa nikmat dunia,tapi jika kita miskin akan lebih malanglah kita sedang masa kita habis mengejar keduniaan semata.Bagaimana perasaan kita ketika itu?Di saat kita sendiri tidak mampu bawa diri sendiri,adakah mungkin kita bawa segala kemewahan yang kita perolehi?Boleh ke wang ringgit membeli keampunan Tuhan?
Duhai teman....
Kita sering sibuk dan leka dengan perkara yang dah pasti kita tinggalkan.....dan kita lupa apa yang pasti kita bawa ke sana.Selama hidup kita hanya sibuk mengumpul perkara yang bakal kita tinggalkan.Bukan bermakna Allah melarang kita mengumpul dan mendapat kebahagiaan di dunia.Apa yang dilarang ialah kita mengabaikan akhirat yang menjadi destinasi terakhir kita.Bukankah dunia ini adalah jambatan untuk ke akhirat?
Jika dilihat di sekeliling kita,ada orang sanggup mengeluarkan wang beratus bahkan beribu untuk makan di hotel ekslusif.Sedangkan ada yang makan beberapa suap atau minum beberapa hirup di kedai tepi jalan pun boleh kenyang.Apa yang membezakan situasi di atas kalau bukan nafsu apalagi?
Justeru itu duhai temanku....
marilah kita sama-sama beringat.Biarlah kita mencari yang boleh dibawa bersama pergi,agar kita tidak sengsara di akhirat nanti.Jika ada kemampuan,berkongsilah dengan orang yang memerlukan.Perbuatan itu bukan hanya menjadi bekalan kepada kita,bahkan orang yang kita bantu pasti sentiasa menyebut nama kita dalam doanya.Alang-alang sibuk mengejar,biarlah barang yang kekal.
Firman Allah swt:
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah bersih dengan iman dan amal kebajikan dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)
(Surah Al-Syams:9-10)

6 comments:

  1. Salam

    terimakasih kerana mengingatkan mama yg selalu lupa...

    Moga kita selamat dunia akhirat.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Kematian bakal tiba bila-bila masa dan mudah-mudahan ianya dapat meningkatkan keinginan kita untuk melakukan apa jua persiapan yang
    sewajarnya demi untuk menghadapi kematian tersebut.

    Terima kasih atas peringatan ini..

    ReplyDelete
  3. hemm.. lagi lama kejar lagik syok kita dibuatnya macam kanak-kanak main kejar-kejar, sedar-sedar dah maghrib

    mencari harta bertimbun membuatkan hati akan menjadi lebih kedekut.. masa tak ada kita mengeluh suruh orang kaya bersedekah, tapi bila kita dah kaya akan terasa sayang pulak untuk berderma.. lupalah kita akan keluhan tadi sebaliknya timbul dalam hati "aku penat berusaha takkan orang senang-senang nak minta"

    manusia mudah lupa

    ReplyDelete
  4. salam chegu Ummi..

    Ayat dlm wirid selepas solat. Robbana..Kira hurufnya 50. Jadi 50 dunia dan 50 akhirat.
    Bagus mengingat satu sama lain kadang-kadang kita lupa dan lalai.

    p.s Link Ummi sy ubah ke Blog List1 (Guru & Sekolah).

    ReplyDelete
  5. Allah itu maha kaya
    Dia suka pada kekayaan...
    Jadilah kaya yang berjasa
    dengan kaya boleh menderma
    dengan kaya boleh membela
    dengan kaya boleh membantu yang perlu

    tapi jgn jadi kaya lupa segala2nya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails