Followers

Friday, August 6, 2010

kelalaian yang mencengkam

Apakah reaksi anda apabila berdepan dengan detik waktu yang beredar dari senja ke senja?Bagaimana anda menghadapi waktu yang berlalu,bagaimana anda mengisi masa anda?Bagaimana anda mengisi kesunyian malam anda?Andai anda bersendirian,apakah yang anda lakukan?Putaran siang dan malam yang silih berganti,pergantian hari cerah dan gelap sebenarnya merentap anda dari seorang kanak-kanak kepada dewasa....seorang yang muda kepada tua dan yang tua menunggu tempat bersemadi.
Kepada orang yang beriman,segalanya diambil sebagai iktibar dan pengajaran.TETAPI bagi yang lalai,ia dianggap sebagai lumrah alam yang harus dilalui.Bagi mereka segala yang berlaku umpama titisan embun yang hilang disinar mentari.Tiada terkesan di hati.Insan-insan ini jua kadangkala mendongak ke langit,melihat keindahan alam disekeliling mereka,tapi sekadar renungan yang kosong.Tiada pengertian apa-apa.
Firman Allah swt:
Sesungguhnya hasil ciptaan langit dan bumi serta peredaran malam dan siang merupakan bahan-bahan kajian bagi mereka yang boleh berfikir.
(Surah Al-Imran:190)
Allah jadikan malam dan siang sesungguhnya hasil dari pertukaran itu untuk menjadi pengajaran bagi orang yang mengerti.
(Surah An-Nur:44)
Duhai saudaraku....
kita bernafas bersama dengan detik waktu yang berjalan.Seharusnya usahlah kita terpukau dalam kelalaian.Sesungguhnya Allah mencipta kematian dan kehidupan itu untuk menguji manusia.
Firman Allah swt:
Yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji di kalangan kamu siapakah yang paling baik amalannya..
(surah Al-Mulk:2)
Jika kita imbas kembali kisah pemain catur yang cemerlang di dunia,Wilhem Steinitz telah menjadi gila apabila dia menyatakan ingin menentang Tuhan.Betapa hebatnya manusia,takkan terlawan kekuasaan Allah.
Ingatlah saudaraku... 
Setiap insan yang dijadikan Allah ada kelemahan dan kekurangan masing-masing.Untuk melancarkan urusan seharian,kadangkala kita memerlukan bantuan oranglain.Walau apa pun,samaada kita sedari atau tidak,sesungguhnya pertolongan Allah itu lagi banyak.Apabila berjaya,ingatlah bahawa Allah yang membuka lorong untuk beroleh kejayaan tersebut.Allah yang memberi kekuatan kepada kita untuk terus tabah,cekal dan tidak mengenal putus asa.
Justeru itu saudaraku....
sandarkanlah segala pengharapan kepadaNya jua dan selalulah berdoa agar Allah sentiasa memelihara kita dan tetap lurus di jalanNya.Janganlah menentang fitrah kejadian manusia yang ingin tunduk kepada penciptaNya.Janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan dirimu menjauh dari Allah.Kita tidak tahu bila akhir waktu kita...mungkin esok,lusa,atau tahun depan,.Bila tiba masanya,segala yang kita suka di dunia ini perlu kita tinggalkan.........

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails