Followers

Thursday, November 4, 2010

kembalilah kepadaNya

Mangsa banjir yang semakin meningkat di Kedah,Perlis dan Kelantan tentunya merunsingkan semua pihak.Mangsa banjir di Kedah yang paling ramai dipindahkan iaitu sebanyak 25000 orang.Pusat penempatan banjir mula dibuka di sana-sini.Bencana seperti ini pastinya mendedahkan mereka dengan penyakit berjangkit jika tidak berhati-hati.
Belum reda dengan isu Gunung Merapi yang meletup menyemburkan abu volkanik yang panas dan bencana tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai,kita di Malaysia juga berhadapan dengan ujian Allah.Dalam situasi begini,kita harus redha dan sabar dengan ketentuan takdirNya.Sememangnya perit,payah,mengecewakan,
melukakan! TAPI jika anda redha,pastinya anda tetap boleh tersenyum.

Firman Allah swt:
Jangan kamu bersifat lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman.
(Surah Al Imran:139)
Apapun bala bencana telah menimpa manusia sejak dahulu lagi.Umat Nabi Musa  a.s telah diturunkan taufan,serangan kutu dan katak.Umat Nabi Noh ditenggelamkan ombak yang tinggi.Dilihat dari sudut Islam,bencana berlaku untuk menguji ketaqwaan manusia kepada Allah,sebagai peringatan dan balasan atas kelalaian manusia kepada peraturan Allah.
Firman Allah swt:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukanoleh tangan manusia,kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan dan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.
(Surah Ar Rum:41)

Duhai saudaraku....
untuk bebaskan kita dari bencana,kesulitan dan wabak penyakit,kembalilah kepada Allah dengan tidak melakukan kemungkaran dan kemusnahan di atas muka bumi.Jagalah hubungan kita dengan Allah.Anggaplah setiap musibah yang menimpa sebagai peringatan bahawa kita akan kembali kepadaNya.Begitu jua segala apa yang kita miliki.
Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails