Followers

Sunday, November 15, 2009

JANGAN ADA CURIGA


Duhai teman....
Allahlah yang selayaknya mengatur hidup kita.Dia maha Mengetahui lagi bijaksana.Maka pastinya pilihanNya yang paling tepat buat kita.Yakinlah,Dia amat mengasihani hambaNya lebih dari kasih seorang ibu kepada anaknya..lebih dari kasih isteri terhadap suaminya bahkan tiada di dunia ini yang dapat dibuat perbandingan.

















Sudah tentulah
yang segala ketentuanNya terhadap hidup kita adalah sebaik-baiknya buat diri kita.Maha suci Allah dari berlaku zalim kepada manusia.
Justeru itu....
Usah dipertikaikan segala ketentuan Allah.Allah tidak tentukan sesuatu itu dengan sia-sia,pasti ada hikmah dan tujuan disebaliknya.


Hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Betapa pun kita kehil
angan orang yang kita sayangi......ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mahu mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada kasih manusia.Itulah jalan yang Allah aturkan untuk kita agar hati dapat kita pautkan kepada Allah.



Sesungguhnya tiada kasih yang
lebih kekal dari kasih sayang
Allah!







Firman Allah swt:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu.Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah:216)

Duhai teman....

berbaik sangkalah terhadap Tuhanmu dan belajarlah menjadi seorang hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan Tuhan......
Hidupmu akan rasa lebih bahagia,seperti burung yang terbang bebas di angkasa!

2 comments:

  1. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
    klik disini.

    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

    ReplyDelete
  2. Tksh atas tips yg sangat berguna'terutama untuk saya yg baru belajar buat blog sendiri.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails