
Hak kita sudah terbela!
Kini kita menjadi manusia yang moden dari segala segi.Pemikiran,pakaian malahan kegiatan harian kita juga sudah moden!Kebanyakan tugas kita telah diambilalih oleh mesin.Namun....inikah tahap kemodenan yang dikehendaki dalam Islam?Telah terhakiskah nilai dan peranan wanita?
Persoalan ini hendaklah sering diutarakan dalam diri kita agar kita tidak lalai dalam mengharungi perjalanan hidup ini. Dengan peluang pendidikan yang terbuka luas,semakin ramai wanita yang berpendidikan tinggi.Namun...masih ramai yang menilai kemodenan dengan cara yang salah. Contoh,pakai seluar ketat itu dikira moden sedangkan ia tidak menepati ciri-ciri menutup aurat dalam Islam.
Tafsiran yang salah tentang kemodenan ini adalah berpunca dari kurangnya kefahaman wanita tentang Islam dan tiada penghayatan tentang ajaran yang telah digariskan oleh Islam.Era globalisasi juga ternyata telah mencicirkan kesopanan dan kesusilaan wanita.Ramai wanita berpendidikan tinggi masih gagal membendung gejala buruk.
Kesibukan wanita masa kini dengan belajar dan bekerja tidak dinafikan membat

Ingatlah wahai teman...
Walau semoden manapun kita,jangan lupa menunaikan kewajipan yang ditentukan.Jika seorang isteri,jadilah isteri yang taat dan patuh perintah suami.Jika seorang ibu,jadilah ibu yang boleh membimbing anak-anak ke arah kebaikan.Jika seorang pekerja,lakukanlah kerja dengan jujur dan penuh tanggungjawab.
Di sini dicadangkan beberapa tips untuk menyeimbangkan tugas kita secara lebih berkesan:
1. Tahu tanggungjawab
Jika kita bekerja 8 jam di luar rumah,gantikan dengan masa berkualiti dalam rumah.Hendaklah sedar bahawa tugas di rumah juga adalah tanggungjawab kita.Dengan bantuan mesin,banyak kerja dapat dilakukan dalam masa yang singkat.

2. Perbaiki cara berkomunikasi
Untuk memastikan suami membantu kita,elakkan dari berleter.Begitu juga dengan anak.anak.
Beri arahan dengan jelas dan bukan berleter dahulu!
3. Jangan cerewet
terimalah keadaan seadanya.Jika kerja yang dilakukan suami atau anak-anak tidak sempurna,usah merungut.Lelaki tidak seteliti wanita dalam beberapa perkara.
4. Latih anak-anak berdisiplin
Latih mereka mengemas barang mereka sendiri dari kecil
No comments:
Post a Comment