Followers

Monday, January 11, 2010

Rancanglah Untuk DIRI


Seringkali kita membuat perancangan dalam meniti kehidupan seharian.Nak makan angin bersama keluarga pada cuti hujung tahun,kita dah rancang awal samaada dari segi kewangan atau tempat yang ingin dilawati.Nak memetik pujaan hati sebagai pasangan hidup,bertahun kita buat perancangan.Kalau boleh,hari tersebut dapat dikenang oleh orang seumur hidup.Bagi guru pula,perancangan strategik perlu dibuat untuk 5 tahun ke hadapan.

Namun...pernahkah kita merancang dalam usaha untuk mencari kebahagiaan di akhirat?Pernahkah kita menimbang-nimbang untuk meningkatkan amalan diri?Renungi jejak-jejak waktu yang kita tinggalkan.Berapa kalikah kita tewas bila diuji dengan kesenangan dan kebahagiaan dunia....bahkan kesyukuran seolah-olah seperti bebayang mimpi di siang hari.
Firman Allah swt:
'Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-mnain dan senda gurau belaka.Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.Maka tidakkah kamu memahaminya?
(Surah Al-An'am:32)

Duhai teman....
sama-samalah kita pohon hidayah dari Allah agar kebekuan hati ini berganti....yang sejuk bertukar hangat oleh cahaya keimanan!

2 comments:

  1. Salam...

    Kebanyakan kita ini ingin menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah inilah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Kita terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN.

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan.Isu menarik..dtglah kat rumah mama.ni mama sign in...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails