Followers

Friday, January 29, 2010

Seronok DISANGKA Bahagia

'Tak syoklah kalau tak enjoy.Boring hidup kalau tak seronok',demikian respons para remaja jika ditanya tentang seronok.Bagi mereka seronok tu sama makna dengan bahagia.Bahagia tu sama dengan seronok.Keyakinan seperti itulah menyebabkan masyarakat amat meminati rancangan berkonsepkan hiburan dewasa ini.
Sememangnya mencari bahagia itu adalah fitrah manusia.TETAPI betapa ramai yang tertipu kerana ingin mengecap bahagia dengan cara mudah,segera dan seronok.Sebab itu,pantang ada iklan jalan pintas memiliki bahagia,manusia terus menerimanya.Pastinya keseronokan yang menjanjikan kebebasan amat sesuai dengan gejolak jiwa remaja.
Duhai saudaraku....
dalam mengharungi usia ini,remaja perlukan pedoman dan contoh teladan yang baik.Betapa ruginya hidup mereka jika dibiar mengharungi hidup dengan jiwa yang rapuh dan kosong.Perkataan 'frust','boring','tension' akan timbul dengan mudah bila mereka berhadapan dengan kesukaran dan cabaran.Jika ini terjadi,sudah pasti mereka mencari jalan melarikan diri dengan berselindung disebalik hawa nafsu dengan melakukan aktiviti luar yang liar.
Adalah menjadi misi syaitan untuk melalai dan melekakan manusia.Syaitan sering menjerumuskan manusia dengan tiket keseronokan.Itu sebabnya tidak pelik pada masa kini muzik 'heavy metal' menjadi ikutan remaja Islam sedangkan ia nyata memuja syaitan dan membawa ajaran anti Tuhan.
Sabda Rasulullah saw:
'Sesungguhnya neraka itu dipagari dengan kesenangan-kesenangan nafsu,manakala syurga pula dipagari dengan hal-hal yang dibenci oleh nafsu.'
Duhai saudaraku....
inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh para ibubapa,pendidik,pendakwah dan pemimpin masyarakat. Jiwa yang kosong dengan makanan rohani perlu diisi.Ketidakseimbangan keperluan fizikal dan mental dengan didikan agama mengheret remaja ke kancah yang bahaya.
Justeru itu.....
usaha perlu dilipatgandakan.Berikan pedoman agar nafsu mereka terdidik dengan pengaruh yang baik.Ingatlah bahawa orang yang seronok belum tentu bahagia tetapi orang yang bahagia sudah tentu seronok.

5 comments:

  1. Salam Umi ida,

    Memang persoalan ini menjadi kebimbangan, semoga permasalahan ini dapat juga diatasi ataupun dikurangkan.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    yang peliknya budak melayu islam aje yang nampak parah... penyakit apa le yang tertimpa pada masyarakat kita hari ini hingga jadik juara dalam semua menda yang negatif?

    ReplyDelete
  3. salam,

    Banyak anak remaja kita hari ni tenggelam dalam dunia keseronokan. Sehinggakan ada yang lupa asal usul dan larangan agama. Seharusnya usaha semua pihak agar remaja kita ni berada di jalan yang betul.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Suasana evironment disekeliling serta pembangunan yg disediakan pihak pemerintah byk mengajar anak remaja tenggelam...

    ReplyDelete
  5. selain faktor ibu bapa( sbb dlm hadis ibu bapa arkitek pertama anak2 sama ada nak jadikan yahudi, nasrani atau majusi), guru2 masyarakat juga amat berperanan. Selagi tak wujud biah solehah maka suasah nak atasi masalah ini

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails