Followers

Friday, January 8, 2010

Mampukah KU lalui


Sesi persekolahan telah bermula.Pelajar datang dan pergi.Tahun ini kita berhadapan dengan pakej pelajar baru dan lama.Betapa masa begitu cepat berlalu...tidak sedar mereka semakin dewasa dan lebih besar.

Tidak dapat tidak manusia diburu dengan pelbagai masalah.Ada kala marah bertandang,adakala ceria menyelubungi hari.Ada waktu moody menyerang.Ada waktunya jadual hidup jadi tak keruan.Buat itu salah.Buat ini silap.Raut wajah menjadi murung,dan pastinya mudah melenting bila ditegur.Usikan kawan mendesis di cuping telinga.Mulut pula tidak lekang menyebut 'stress'.Inilah antara reaksi manusia apabila berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan seperti beban tugas yang tak terpikul,tidak dapat kerjasama dari rakan setugas dan pelajar yang tidak mendengar kata.Semua ini benar-benar menuntut kekuatan mental dan fizikal yang bukan sedikit. 

Istilah sekarang yang digunakan ialah 'jiwa kacau'.Apapun, situasi atau keadaan ini perlu dielakkan bagi melancarkan proses aktiviti seharian.Sebenarnya disiplin adalah pemangkin dalam mengharungi kehidupan ini.Tanpa disiplin pengurusan hidup jadi kacau.Bukan mudah untuk mengatasinya,tetapi kita perlu berusaha.
Antara yang boleh anda lakukan ialah atur masa dengan teliti.Tulis semua perkara yang perlu dilakukan.kemudian lakukan pekerjaan tersebut secara berfasa,mula dari yang mustahak dulu.Pastikan anda sertakan waktu solat,mengaji dan membaca Al-Mathurat.
Di samping itu,tenangkan tubuh dengan berehat dan buat sesuatu yang anda suka seperti mengunjungi blog teman-teman dan membaca artikel yang melucukan.Hidup ini indah....usah biarkan konflik diri menyelubunginya.


Cuba berbicara dengan pasangan atau teman akan segala yang terbuku di hati.Sedar sampai mana kemampuan anda dan terimalah hakikat itu.Akui bahawa tiada daya dan upaya selain dengan keizinan Allah.Kita hanyalah merancang tetapi Allah menentukan segalanya.

Fahamkan tujuan kehidupan ini.Bersyukurlah....betapa teruk nasib kita,ada yang lebih teruk.Ubahlah cara kita berfikir.Tanyalah pada diri,apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan.Jika menemui jalan buntu,banyakkan berzikir,tidak kira di mana...sedang memandu,berjalan,makan atau menonton tv.
Mudah-mudahan segala kecelaruan dan rasa yang menghimpit itu menjauh dari kita!


2 comments:

  1. Salam...:)

    Saya sering ke blog guru-guru dan masing-masing punya masalah di sekolah. Apa pun keadaan yang bakal dihadapi tidak semestinya selalu cerah, Allah menguji kita dalam bentuk sebegitu maka haruslah hadapinya dengan penuh kesabaran dan tenang. Jika kesabaran mengatasi segala-galanya maka Allah tidak akan menyia-yiakan sifat sabar kita itu dengan Dia mengurniakan kejayaan nanti.

    ReplyDelete
  2. Itulah asam garam kehidupan ye kak..?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails