Followers

Friday, October 30, 2009

AKU MAU CANTIK


Setiap kecantikan datangnya daripada Allah Ta'ala.Suatu ketika dulu,kita tidak pernah terfikir bahawa dengan teknologi moden,manusia mampu merampingkan pinggang,menghilangkan kedut-kedut di muka dan memancungkan hidung.Malah di era kemodenan ini,rupa paras boleh diubah melalui pembedahan plastik dan tua boleh dilewatkan dengan memakan hormon estrogen.

Ada pula manusia sanggup mati akibat menahan lapar iaitu aneroxia nervosa.Ada pula yang rela bersenam berjam-jam sehari,dan membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk tampil cantik.

Kecantikan fizikal tiada ertinya di sisi Allah swt .
Apalah yang hendak kita banggakan sedangkan ia mungkin menimbulkan perasaan riya' dalam diri yang bakal menyusahkan diri kita apabila berhadapan dengan Allah swt kelak.Jika Allah berkehendak,dalam sekelip mata kecantikan kita boleh hilang.

Hidup di dunia...umpama menumpang untuk beberapa ketika.Sebagai penumpang,sedar-sedarlah diri kerana segalanya bukan milik abadi kita.Kecantikan diri jua kurniaan Allah dan tetap milikNya.Memadailah dengan apa yang ada.....usah gusar dan gelisah lalu mengubah kecantikan asli yang diberi Allah.

Menurut Bukhari"Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur(menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bul
u kening)"
(Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


Ingatlah teman-teman,Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada wajah yang manis,pada putih kuning kulitnya,tubuh atau sorotan mata yang menawan,tetapi biarlah hati dan juga akalnya juga cantik.

Malah kecantikan hati diletakkan paling utama,diikuti dengan kecantikan akal dan akhir sekali barulah kecantikan paras rupa.Kecantikan paras rupa ini ada atau tidak ada,sama sahaja di sisi Allah Ta'ala.


Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Zar:
"Lihatlah sesungguhnya engk.au tidak dinilai mulia kerana kulit merah dan juga kerana hitam, sebaliknya mulianya kamu dengan sebab taqwa"
(Riwayat Ahmad)







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails