Followers

Friday, October 30, 2009

TIPS MENGUATKAN DAYA INGATAN

Bagi teman-teman yang memerlukan kekuatan minda untuk mengingat sesuatu,tips berikut boleh dijadikan panduan,insyaAllah...

1. Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat.Amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

2. Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik dengan membaca Al-Quran dan berzikir.

3. Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yang dijual di farmasi atau melalui syarikat jualan langsung tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi hakikatnya ada yang memberi kesan sampingan. Adalah lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang.

4. Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

5. Elakkan Kemurungan.

Kemurungan dalam hidup menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan beramal-ibadah dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

6. Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi dan sebagainya.Minta nasihat doktor terlebih dahulu.

7. Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya mempelajari sesuatu kemahiran.

8. Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

9. Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

10. Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu.
contohnya memberi konsentrasi semasa mendengar ceramah.


11. Bermain Dengan Angka.

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

12. Membaca Al-Quran

Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails