Followers

Friday, November 20, 2009

PESANAN TERAKHIR

Sedang kita meraikan Idul Adha di sini,saudara-saudara kita juga sedang sibuk menunaikan fardu haji bagi memenuhi tuntutan rukun Islam yang kelima.

Sempena bulan yang mulia ini, marilah kita mengingati satu pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umat manusia pada ketika beliau menunaikan haji.

Khutbah ini adalah di antara pesanan terakhir Rasulullah s.a.w kepada umatnya beberapa bulan sebelum baginda wafat..

Marilah sama-sama kita menghayati khutbah yang disampaikan oleh baginda:

"Wahai manusia! Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarkanlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan setiap harta orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun juga agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.


Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.Waspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.


Layanilah isteri-isteri kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana, sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka adalah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah pada bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa
setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu adalah sama, tidak ada seorang pun yang lebih mulia daripada yang lainnya kecuali dengan sebab tak
wa dan beramal soleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari
untuk dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu keluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.





Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.


Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu.

Takutlah
kamu pada satu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah
k
emudian akan disempurnakan setiap jiwa apa yang ia telah kerjakan dan mereka tidak dizalimi."

Inilah pengorbanan Rasulullah s.a.w untuk meninggikan kalimah Allah dimuka bumi ini. Hingga ke saat akhir,baginda masih memikirkan tentang umatnya.


Peringatan Rasullullah saw seharusnya menyedarkan kita bahawa Islam adalah satu cara hidup yang sempurna.

Apakah telah kita laksanakan sepenuhnya ......


Sabda Rasulullah saw:
"Demi Allah dunia jika dibandingkan dengan akhirat tidak lebih daripada seperti salah seorang dari kamu mencelupkan jari kamu ke dalam lautan.Perhatikan berapa banyak tangan itu dapat mengeluarkan air hasil dari celupan itu."

Sebagai sesuatu yang bersifat sementara,apakah kita terus berusaha untuknya sahaja lantas........ melupakan sesuatu yang lebih kekal?

Melangkah menuju ke pulau harapan sering membawa manusia ke dunia khayalan..membawa manusia lupa daratan dan kadangkala kedukaan!

Sabda Rasulullah saw:
"Dunia ini terkutuk dan terkutuk pula apa-apa yang di dalamnya kecuali yang digunakan untuk mencari keredhaan Allah."

Jadi ingatlah teman....

Matlamat kita jelas....
segalanya bermula di sini...di dalam diri.
Perlu ada langkah permulaan
untuk sampai ke destinasi

Jika telah ditemui lampu itu,
peganglah ia sekuat hatimu.
Jika telah mendapat seutas tali,
peganglah ia sesungguh hatimu
Sesungguhnya...
lampu itu adalah agamamu,
tali itu adalah keimananmu.
Itulah pegangan dan kekuatan sejati!



































1 comment:

  1. Salam ziarah ummi dan selamat menyambut hari raya qurban.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails