Followers

Friday, November 13, 2009

MASIH ADA SINAR


Lalui dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari jiwa yang suci.
Anda sendirilah yang bertanggungjawab untuk mendapatkan ketenangan tersebut.

Tanamkan jiwa dengan iman dan kesabaran sebagai benteng menghadapi gelombang kehidupan yang tiada diduga...


Tapi jangan m
eresahkan dirimu dengan perkara-perkara yang menakutkan.Laut mana yang tiada bergelora.Disuatu ketika,bila jalan yang dipilih tidak seperti diharapkan,bila anda ingin tersenyum tetapi keadaan memaksamu mengeluh kerana beban
tanggungjawab yang semakin menimbun,u
sahlah
berputus asa
.Tetapkanlah hatimu.

Hargailah dirimu....berlemah lembutlah pada jiwamu.Yakinlah bahawa dirimu mempunyai kekuatan untuk menghadapi segala duri dan ranjau.




Kita ditakdirkan berada di sini....

begitu jua tumbuh-tumbuhan dan binatang,sebagai penghuni alam ini.Selagi dunia masih berdenyut dengan gerak dan suara kehidupan,selagi itulah kita masih berada di sini sehingga noktah terakhir kita.. Walau apa pun alasan,segalanya perlu dilalui...amanah perlu dipikul.


Ingatlah...
anda bukan sendirian menghadapi semua ini.Dan bila anda berjalan di pinggir jalan,maka teruslah berjalan dengan keyakinan....bahawa Allah berada di pinggir jalan yang sebelah.

Firman Allah swt:
"Dia ada bersama kamu di mana saja kamu berada,dan Allah melihat dengan terang apa yang kamu perbuat.

Nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya:

"Sesungguhnya dunia adalah ibarat lautan
yang dalam.Benar-ben
ar telah karam di dalamya manusia-manusia yang berebut kerananya.Maka hendaklah perahumu di sana adalah taqwa kepada Allah,muatannya adalah keimanan dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah agar kamu terselamat"






Sabda Rasul
ullah saw:

"Barangsiapa yang menjadikan dunia itu sebagai
matlamat
hidupnya,nescaya Allah mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kepapaan menghantui dirinya,serta tidak akan datang keduniaan kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan
.Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai niatnya,nescaya Allah himpunkan segala urusannya serta mendatangkan kepuasan dalam hatinya sementara dunia tunduk padanya.

3 comments:

  1. salam,

    Blog ummi sungguh indah dan menginsafkan. Teruskan dengan perjuangan ke jalan Allah SWT. Semuga dirahmatinya.

    ReplyDelete
  2. Memandangkan blog anda ada nasyid, kita link bersama ya? http://nasheedtube.blogspot.com. Nanti saya letak feed dari blog ini dalam blog saya tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails