Followers

Wednesday, November 11, 2009

MINTA PERTOLONGAN DARI ALLAH



Dalam melalui liku-liku kehidupan ,manusia saling bergantung antara satu sama lain dengan makhluk ciptaan Allah.Ini adalah kerana manusia dilahirkan dengan segala sifat kekurangan dan kelemahan.Orang jahil perlukan tunjuk ajar dari yang berilmu,orang miskin perlukan bantuan orang kaya.Inilah lumrah kehidupan kita......
Dengan adanya nafsu dalam diri manusia,kita sentiasa mahukan pelbagai hajat untuk kepentingan diri sendiri.
Namun,sebagai umat Islam,kita percaya hakikat bahawa Allah jualah yang mengabulkan segala hajat,bukan kepada makhluk lain seperti bomoh atau pawang.




Firman Allah swt:
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya
Aku perkenankan doa kamu"
(Al-Mukmin:60)


Yakinlah,,,Allah Maha Mendengar segala permintaan hambaNya!!Namun manusia perlu berusaha,berdoa dan lantas bertawakal.

Firman Allah swt:
Kemudian apabila engkau tel
ah berazam maka bertawakallah kepada Allah."
(Ali-Imran:159)


Ingatlah teman....

Hidup tidak sela
manya untuk ketawa.Juga bukan selamanya untuk menangis.Kegembiraan dan kesedihan silih berganti.Seperti jua perubahan musim yang berlaku.Ada masanya hujan berterusan,bumi dilanda banjir.Ada kalanya panas memanjang,tanah kering kontang.

Justeru itu..

umpama sekuntum bunga yang memerlukan sinar mentari dan air untuk hidup,kita sangat memerlukan pertolonganAllah....dalam meniti ketidakpastian hari-hari yang mendatang.






Firman Allah swt:
Dan apa saja niqmat yang ada pada kamu maka dari Allahlah datangnya,dan bila kamu ditimpa kemudaratan hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan" (Surah An-nahl:53)
'Sehelai daun yang gugur ke bumi di malam nan gelap adalah ketentuannya.Inikan pula kehidupan manusia.....

Oleh itu teman....
Serahkan segala pengharapan dan dirimu kepadaNya.Semoga segala kebaikan menjenguk kita dan segala keburukan dihindarkanNya.











2 comments:

  1. salam......ukhwah,

    terima kasih follow my blog yg tak seberapanya tu..i follow u too..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails