Followers

Tuesday, November 17, 2009

SYUKURI NIKMAT ALLAH

Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia.Mata membolehkan manusia melihat,kaki membolehkan manusia berjalan dan telinga membolehkan manusia mendengar....
Jika dikira,tidak akan terhitung nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia!
Tetapi sejauh manakah kita mensyukuri nikmat yang diberikan olehNya itu?
Bayangka
n diri anda dalam kelaparan,tiada berumah,dan terpaksa ke sana-sini hanya dengan berjalan kaki.Anda akan berasa betapa sukarnya hidup ini!


Namun kini...rata-rata kita tidak menghadapi masalah ini.Bahkan kadangkala kita banyak melakukan pembaziran dalam kehidupan seharian.Makanan lebihan semalam dengan senang kita buang ke dalam tong sampah ....sedangkan di satu sudut dunia masih ada yang mati kelaparan!






Kita mewah bertukar pakaian setiap hari tetapi masih merasa tidak cukup...sedangkan baju-baju yang ada telah memenuhi almari.
Kita hidup selesa dalam rumah yang cantik dan sempurna...namun tetap menambah harta dengan membeli rumah di merata tempat!





Kita juga mampu memiliki pelbagai jenis kenderaan atau
sekurang-kur
angnya mempunyai wang untuk membayar tambang bas,tapi....kita tetap merungut susah!

Memang lumrah manusia tidak pernah cukup dengan apa yang ada.Justeru itu,Rasullulah saw sentiasa mengingatkan umatnya agar bersikap berpada-pada dalam semua hal.



Sabda Rasullulah saw:



"Bers
yukurlah kita terhadap segala yang kita perolehi kerana di dunia ini sudah cukup bagi kita seandainya kita dapat menghilangkan kelaparan,,menutupi badan,mempunyai rumah yang baik dan mempunyai kenderaan yang boleh digunakan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah swt:


"Dan apa saja niqmat yang ada pada kamu dari Allahlah datangnya,dan bila kamu ditimpa kemudharatan,hanya padanyalah kamu mohon pertolongan."
(An-Nahl :53)

Ingatlah teman...
ibarat embun yang menghilang bila disinar mentari....begitulah jua kesementaraan hidup di dunia ini.Justeru itu,bersyukurlah dengan apa yang Allah tentukan untuk kita...samaada dari soal jodoh,rezeki atau apa sahaja yang menyangkut dengan kita.

Hidup menumpang tidak boleh bertindak sesuka hati. Sebagai penumpang .... mestilah sabar,redha,syukur. Terimalah seadanya kerana segalanya bukan milik kita

Sabda Rasulullah saw:

"Hiduplah sekehendak hati anda,namun anda tentu akan meninggal dunia.Cintailah siapa saja yang anda hendak,namun anda pasti akan berpisah dengannya dan lakukanlah apa saja yang anda kehendaki,namun anda mesti diberi balasan perihal apa yang anda lakukan."

Duhai teman....

angin yang menderu...air yang melimpah
jadikan ia satu ingatan bahawa ada insan yang diuji Allah dengan bencana sedang kita boleh tersenyum menyambut suria pagi!


Bersyukurlah selagi anda ada kesempatan kerana kita tidak tahu bila masa akan berhenti bergerak!

2 comments:

  1. Salam,

    Bersyukur kita pd nya. Masih ada lagi yg susah drp kita.

    ReplyDelete
  2. salam Ummi,

    Sungguh menginsafkan. Teruskan dengan post begini.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails