Followers

Wednesday, January 6, 2010

Utamakan KEPERLUAN anak-anak



Musim persekolahan telah kembali bermula.Pada awalnya,debaran itu tetap terasa kerana kita tidak pasti apa yang bakal dihadapi.Tapi kini...setelah melihat wajah pelajar-pelajar yang seperti anak sendiri,perasaan itu bertukar dengan satu semangat untuk membawa mereka ke mercu dan membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.Begitulah lembutnya hati seorang pendidik...kita sanggup berkorban untuk kejayaan mereka.
NAMUN.....

bagaimana pula peranan para ibubapa?Adakah mereka menjadikan perbelanjaan persekolahan anak-anak sebagai keutamaan di fikiran mereka?Berilah semangat dan sokongan kepada wawasan anak-anak dan memastikan proses pembelajaran mereka berjalan lancar.Untuk itu,seharusnya ibubapa telah merancang lebih awal untuk membeli peralatan dan buku latihan secukupnya.Baju sekolah baru tidak penting jika yang lama masih boleh digunakan.Tiga hari bersekolah,masih ada pelajar menulis di kertas kerana ibubapa tidak dapat menyediakan wang untuk membeli buku latihan!Kiranya kita dapati bahawa perbelanjaan persekolahan anak membebankan dan kita gelabah menghadapi realiti ini,maka jadikanlah ianya satu pengajaran untuk diri kita.

Bagi yang masih mempunyai anak-anak yang masih kecil,beringatlah dari sekarang.Siapkan tabungan dan plan insurans untuk mereka.Dulu saya beranggapan bila anak-anak telah meningkat dewasa,kuranglah perbelanjaan kerana tidak perlu lagi beli pampers dan bayar duit pengasuh .Tapi rupanya anggapan itu jauh meleset kerana perbelanjaan bertambah berlipat kali ganda apatah lagi jika mereka tinggal di asrama atau di universiti.Belum lagi diambilkira perbelanjaan untuk duit minyak berulang-alik menjenguk mereka!
Sebenarnya anak-anak akan merasa seronok belajar jika mereka dilengkapi dengan keperluan yang harus ada untuk belajar.Bagi anak-anak yang sering diingatkan guru untuk membeli buku dan membayar yuran dari masa kesemasa pastinya menimbulkan rasa rendah diri dalam jiwa mereka.

Anak-anak masa kini sudah pandai melihat sekeliling mereka.Justeru itu,buatlah yang terbaik untuk mereka.Jika mereka agak lemah,jangan sayang duit untuk hantar mereka belajar tambahan di pusat tusyen.Beri mereka peluang untuk mengejar cita-cita mereka pula!  



Walau apapun situasi kita,kasih dan sayang terhadap kebajikan anak-anak wajar diutamakan.NAMUN...jika diperhatikan,terutama anak-anak yang telah memasuki alam remaja,mereka telah mula menjauh dari ibubapa.Bayangkan pada hari pertama persekolahan,telah ada pelajar yang melanggar peraturan sekolah dengan rambut berfesyen,panjang,berdye,berkuku panjang dan berseluar ketat .Apa ibubapa tak nampak ke anak-anak mereka ni?Sepatutnya perkara sebegini tidak timbul jika ibubapa menegur anak mereka.Usaha guru pastinya melalui jalan yang lebih sukar tanpa sokongan dari ibubapa.Sepatutnya perkara seperti penampilan diri ini tidak perlulah diserah kepada guru di sekolah.Berapa banyak masa perlu dihabiskan oleh guru untuk menangani masalah seperti ini....belum lagi yang gian merokok dan sentiasa mencari lokasi baru untuk melepaskan gian!!
Ingatlah duhai ibubapa........

Anak adalah permata yang bernilai yang tidak dapat diperolehi semudah mengutip batu di tepi jalan.Agenda utama kita adalah generasi yang bakal terbentuk.Selagi anak-anak masih bersama kita, masih belum terlambat membetulkan keadaan.Jadikan tahun 2010 ini sebagai garis permulaan untuk bertindak!

5 comments:

  1. assalammualaikum mazidah

    kita tidak boleh memilih ibu bapa,
    kasihan anak2 yang mendapat ibu bapa yang tidak prihatin, kan.
    bagaimana agaknya cara agar kita boleh bantu mereka ini, tanpa kita terbeban?

    ReplyDelete
  2. semoga berjaa menjadik pendidk bangsa... ganjaan di sis Allah sangat besar

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Moga terhasil agenda utama dalam mendidik anak bangsa...:)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ummi ida :)

    entri ini buat sy makin rindu pd ummi sy di kg..ummi dan abah yg sentiasa memberikan keperluan yg terbaik utk kemudahan kami dlm menuntut ilmu..alhamdulillah, mereka anugerah Allah yg x ternilai bg sy..oh ye, ummi sy pun cikgu jugak :) sama mcm ummi ida..semoga ummi ida, ummi sy n semua cikgu2 diluar sana terus mendapat kekuatan dalam mendidik anak2 bangsa..=) amin..

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Semoga impian dapat direalisasikan dan selamat mendidik anak-anak bangsa.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails