Followers

Thursday, December 31, 2009

Berusahalah Selagi TERDAYA


Biasanya apabila kita memperkatakan tentang kejayaan seseorang,kita akan merujuk kepada kepandaian atau kecerdikannya.Dengan keputusan UPSR dan PMR baru-baru ini,kita merasa bangga dengan anak dan pelajar-pelajar yang cemerlang.TETAPI berapa ramai dari kita melihat mereka yang rajin berusaha,walaupun mereka tidak mencapai tahap yang diharapkan?Sememangnya kita jarang melihat kepada karektor yang membawa kepada kejayaan tersebut.


Ingatlah duhai teman...
Anak-anak dan pelajar kita tidak lahir dengan tahap IQ yang sama.Itu sebabnya lahir istilah anak genius,cerdik,pandai,
pintar dan sebagainya.Mengikut kajian,kecerdikan mereka boleh dipengaruhi oleh faktor keturunan,makanan,cara didikan dan persekitaran.
Tidak hairanlah jika dalam realiti,para guru terpaksa menghadapi pelajar yang pelbagai tahap kecerdasan.
Justeru itu...


Sedarkan anak-anak dan para pelajar bahawa kecerdikan itu bukanlah suatu yang perlu dipertikai dan difikirkan.TETAPI USAHA itu lebih penting!Sememangnya kecerdikan itu membantu untuk mencapai kejayaan tetapi ia bukanlah terletak dalam kuasa manusia menentukannya.Tekankan konsep USAHA dalam diri anak-anak dan pelajar.
Jika dilihat senario di sekolah,ada pelajar yang bijak kurang memberi tumpuan kerana merasakan mereka telah pandai.Begitu jua di beberapa sekolah berasrama penuh yang tidak mencatat keputusan yang memuaskan.
Sangkaan ini menyebabkan mereka tidak dapat meningkatkan potensi dirinya ke tahap yang diharapkan.
Kisah yang berlaku kepada pelajar genius,Sufiah bt Yusof diharap dapat kita jadikan iktibar.Walaupun pada usia 13 tahun dia telah berjaya memasuki Universiti Oxford,kesudahannya kini menjadi pelacur yang terhormat!

 Begitu juga jika kita melihat kepada pengasas KFC,Kolonel Sanders,beliau berusaha 9,999 kali barulah resipinya diterima oleh sebuah restoran untuk dikomersialkan.Albert Einstein juga pernah gagal dalam peperiksaan.Taukeh Honda,
Mendiang Boon Siew khabarnya tidak tahu membaca dan menulis tetapi dia bangkit dari kelemahannya dan tidak mahu mengaku kalah.
Kisah Nabi Muhammad saw yang tidak mengenal putus-asa dalam seribu satu macam kepayahan dalam menyampaikan risalah Allah boleh jua diambil pengajaran.Adakala darah mengalir dari kulit Nabi Muhammad saw akibat balingan batu tidak mematikan usahanya untuk terus berjuang.
Justeru itu wahai teman.....

sebelum kita persoalkan tentang kejayaan,kata hikmah yang perlu disematkan di jiwa anak dan para pelajar ialah USAHA.
Kita tidak dilahirkan terus berjaya.Kita juga tidak dilahirkan terus gagal,derita,kecewa TETAPI kita mempunyai potensi untuk kedua-duanya.
Rancanglah,atur strategi,berusaha dan bertawakkal.....agar anak-anak tidak berakhir menunggu buah yang tak jatuh-jatuh!
Tumbuhan yang melata di hutan rimba pun terpaksa berusaha mendapatkan air,dan cahaya matahari dan tidak menanti manusia untuk menyiramnya.
Sentiasa ingatkan anak-anak untuk meletakkan USAHA sebagai cara dalam melakukan sesuatu.

Jangan hukum anak-anak dan para pelajar kerana mereka kurang menyerlah.TETAPI tegur mereka jika MALAS berusaha.Pepatah ada menyatakan'belakang parang kalau diasah lagikan tajam'.Bersama-samalah memberi semangat dan sokongan kepada mereka dan bukan membezakan mereka kerana kekurangan mereka!



7 comments:

  1. salam....
    fuhhh sebagai cikgu kita cukup terasa tentang citer tahap kecerdikan serta kepintaran pelajar..bagi pak long apa lagi..bebudak djh satu...fuhhh mencabar sis..

    ReplyDelete
  2. semoga tercapai segala planningnya Ummi

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Berusaha dan bertawakal kepada Allah kunci kejayaan..
    selamat memulakan sesi persekolahan 2010...

    ReplyDelete
  4. salam,

    Benar guru harus bijak mencungkil bakat pelajar. Pelajar dilahirkan dengan kecerdasan berbeza. Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai. Untuk itu guru perlulah bijak mempelbagaikan pendekatannya. Selamat bertugas.

    ReplyDelete
  5. salam.....puan umi,

    entri motviasi yg sangat berguna buat semua..

    tq..

    selamat tahun 2010 buat puan umi..moga dirahmati Allah swt selalu...amin..

    ReplyDelete
  6. Salam...:)

    Berusahalah dengan berbekalkan dengan amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penumpuan...insya Allah diberi mudah.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...selamt tahun baru.. semuga tahun baru ini kita mulakan azam yang baru..semuga tahun 2010 lebih baik lagi azam kita dari tahun 2009...insyaallah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails