Followers

Friday, December 31, 2010

Teruskan pendakianmu

31hb Disember 2010......hari terakhir untuk tahun ini.Pelbagai suka-duka yang telah kita harungi sepanjang  tahun 2010.Kini ambang 2011 menanti kita dengan cerita dan tanggungjawab yang pastinya bertambah mengikut usia dan kematangan kita.Tiada siapa boleh menafikan yang tanggungjawab kita semakin berat dari hari ke hari.Apatah lagi bagi para guru yang berhadapan dengan tugas yang lebih mencabar.Dasar 1 murid 1 sukan menjadikan guru bertambah sibuk selepas waktu P&P.Manual pengurusan sekolah menunjukkan bahawa guru perlu lebih sihat dan aktif untuk memastikan apa yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.Sememangnya 2011 menanti kita dengan tugas yang semakin menggunung...Resam gunung yang tinggi memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk sampai ke puncaknya.Bersediakah kita untuk menghadapi semua itu?
Walau apa pun alasan,hidup perlu diteruskan.Tanggungjawab perlu digalas.Untuk hidup bahagia dan tenang,usah fikir tentang endingnya,tercapai atau tidak.Apa yang perlu adalah berani memulakan langkah pertama.Langkah seterusnya insyaAllah dibantu oleh Allah untuk melanjutkan perjalanan.
Allah maha Pengasih dan Penyayang.
Melakukan sesuatu usaha atau kebaikan adalah umpama mengusahakan percikan api untuk membuat unggun.Bila dah ada percikan api,dengan mudah api akan marak membakar kayu.Kita mula dengan percikan dan semuanya akan berjalan sendiri.Titik permulaan itu penting dan jangan bertangguh.
Ingatlah kita akan dipersoalkan di akhirat nanti akan segala tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahu kita.TAPI bukan bermakna kita perlu menjadi orang lain untuk melaksanakannya.Jadilah diri sendiri.Dengan sentiasa melihat dan memperbaiki kelemahan pada diri,kita bakal merungkai kelemahan yang ada.
Apabila dikaitkan dengan perubahan,sebenarnya samaada kita sedar atau tidak,kita sentiasa mengalami perubahan.Antara perubahan sel yang berlaku dalam tubuh kita:
*sel kulit setiap 30 hari
*sel tulang rangka setiap 90 hari
*sel selaput perut setiap 5 hari
*sel hati dan limpa bertukar setiap 42 hari
Ternyata pada penghujung setiap tahun,hampir 98% sel telah berubah kepada yang baru.Perubahan yang berlaku membuktikan bahawa kita masih hidup.Justeru itu saudaraku...berubahlah untuk hidup.Tidak salah meletak azam jika ia membantu kita berubah.Jangan sekadar menulis azam baru di atas kertas dan kita tidak bersungguh untuk melaksanakannya!
Dalam keghairahan melakukan perubahan,marilah kita ikhlaskan niat,menadah tangan memanjatkan doa agar kita tidak tersasar dari laluan hidup sebenar.Semoga tahun 2011 membawa seribu kebahgiaan untuk anda!
Firman Allah taala yang bermaksud:
Wahai anak Adam,perbanyakkanlah bekalanmu kerana jalan yang bakal ditempuh itu amat jauh.Perbaharuilah tanggungjawab kepada Allah kerana lautan itu amat dalam.Telitilah sungguh-sungguh amalanmu kerana siratul mustaqim itu teramat halus.Ikhlaskanlah pekerjaanmu kerana pemerhati(Allah) itu sangat melihat.
(Petikan Hadis Qudsi ,Kitab Imam al-Ghazali)

5 comments:

  1. semoga pengakhiran yang baik...menuju permulaan yang baik...insyaallah...

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum..Salam perkenalan dari saya..Saya harap puteriku sayang dapat memberi saya kredit di ruang bloglist puteriku syg..saya baru dalam bidang ini dan saya mengharapkan bantuan puteriku syg dlm memperkenalkan blog melayu frustasi saya ini..Juga boleh untuk berkongsi ilmu..Tima kasih..

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru..moga kehidupan kita sentiasa mendapat keberkatan dari Ilahi. aMEEN

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah..
    Selamat tahun baru... Jadilah diri sendiri. Berazamlah untuk berjaya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails