Followers

Sunday, November 22, 2009

KEPERLUAN BERKORBAN


Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi, kita semua akan sama-sama menyambut ketibaan hari raya Aidil Adha. Pada hari tersebut, Umat Islam di merata dunia biasanya akan bertakbir , mengerjakan solat beramai-ramai dan melaksanakan ibadah korban sama ada di masjid-masjid, madrasah atau di tempat yang tertentu. Ini adalah sebagai tanda pengorbanan kita ke hadrat Allah Taala.

Ibadah ini sebenarnya mempunyai maksud lebih dari hanya tradisi kerana padanya terdapat beberapa tujuan tertentu yang perlu kita hayati bersama.

Cuba kita imbas kembali peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim as ke atas anak kandungnya sendiri iaitu nabi Ismail as.Pengorbanan yang penuh dengan debaran ini benar-benar menguji erti kesabaran baginda sebagai seorang hamba yang bertaqwa di sisi Allah.Betapa berat ujian yang Allah berikan...anak yang diharapkan sekian lama sebagai penyambung zuriat terpaksa dijadikan korban dan harus diragut nyawa di tangan ayah sendiri!


Firman Allah swt:

"Sesungguhnya telah Engkau menurut mimpi itu,dan Kami akan membalas kepada orang yang melakukan kebaikan dan sesungguhnya ini adalah cubaan yang terang dari Allah,maka kami tembusi anaknya itu dengan seekor biri-biri yang besar.

(Surah As-Shafaat:104-107)


Seruan berkorban inilah merupakan permulaan sunnah berkorban yang dilakukan umat Islam pada setiap hari Aidiladha di seluruh pelusuk dunia.

Firman Allah swt:

“Daging, darah binatang yang dikorbankan tidak sekali-kali sampai kepada Allah.

Tetapi yang sampai kepada Allah ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Allah hidayahkan kepada kamu dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik”.

(Surah Al-Haj: 37)


Hari ini marilah kita bertanya pada diri kita sendiri ,sejauh manakah kita sanggup berkorban untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna ?


Apakah yang telah kita buat untuk merealisasikannya?

Apakah yang telah kita sumbangkan .......

Apakah pengorbanan kita untuk ag

ama kita?

Atau kita tidak peduli terhadapnya

Atau kita sibuk dengan diri sendiri sahaja?



Duhai teman.....

Renungkanlah keadaan sekeliling kita sekarang ini. Ramai antara kita yang bersedia untuk berkorban wang ringgit yang berlebihan untuk perhiasan dan kecantikan diri ataupun rumah. Ada yang berbelanja lebih dari yang diperlukan.


Apakah ini pengorbanan kita untuk agama?

Adakah ini pemahaman kita terhadap muslim yang cemerlang! Sedangkan pada zaman sekarang ini, umat Islam dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Apakah Islam mengajar kita bahawa berkorban adalah hanya berperang dijalan Allah?

Firman Allah swt:


“Katakanlah sekiranya bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, kaum keluarga kamu,

harta-harta yang kamu perolehi, peniagaan yang kamu takuti kemusnahannya dan rumah-rumah yang kamu sukai lebih kamu cintai dari Allah, rasulNya dan berjihad di jalanNya maka nantilah! Sehingga datang urusan Allah (yakni azabNya) ke atas kamu. Sesunggunnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.” (At-Taubah:24)



Ingatlah teman.....kita yang telah dikurniakan nikmat dan peluang yang luas.


Jika anda seorang isteri,berkorbanlah untuk

suami tercinta.Biar bagaimana keadaan kita,segala keperluannya perlu diutamakan.Bagi isteri berkerjaya,ia menuntut pengorbanan yang lebih besar kerana kekangan masa yang ada.Tapi itu bukan alasan!


Jika anda seorang ibu,berkorbanlah untuk membimbing anak-anak menjadi muslim dan muslimat sejati.Jangan hanya memikirkan diri sendiri dengan melepaskan anak-anak kepada pembantu yang tiada pelajaran....sedang kita gigih mengumpul sijil demi sijil.


Jika anda seorang pendidik,ingatlah tugas kita bukan sekadar mengajar.Apa yang lebih penting ialah mendidik dan membimbing mereka menjadi manusia yang berilmu dan beriman kepada Allah.Pengorbanan masa dan tenaga anda sesu

ngguhnya lebih bernilai dari dunia dan isinya!

Walau apapun peranan anda ...walau apapun yang anda lakukan,

pengorbanan tetap menanti anda.


Justeru itu teman..

dengan menghayati erti pengorbanan yang sebenar kita mampu menjadi umat Islam yang cemerlang dan mampu mengembalikan imej Islam yang sebenar.




9 comments:

  1. Salam perkenalan.

    acess dp blog bujang susah.. nice blog.. kak jd follower.. dtglah blog kak.

    ReplyDelete
  2. pengorbanan adalah merupakan tanggungjawab yang akan diperhitungkan di akhirat nanti.. oleh itu, jalankanlah tanggungjawab dengan sebaek2nya supaya amalan kite mudah dihitung, insyaallah.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  3. salam.Kak dah follow blog putra,nice blog,cuma
    ruangan Fooyoh Ent. tu rasa tak sesuai lak.Jgn marah,komen ikhlas

    ReplyDelete
  4. Salam. Terima kasih utk perkongsian ini.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Salam ziarah...

    Pertama, pengorbanan seorang ayah yang begitu lama menantikan seorang anak, kemudian apabila sudah memilikinya terpaksa pula mengorbankan perasaan cinta dan kasih tersebut, demi kepatuhan dan keredhaannya terhadap perintah Allah Taala.

    Kedua, ketaatan dan keyakinan penuh Nabi Ismail terhadap pengorbanan yang dituntut oleh ayahnya untuk dilakukan.

    ReplyDelete
  6. salam. ermm.. bagus blog ummi ni. banyak info² ilmiah. teruskan usaha ummi untuk terus berdakwah demi Islam yang tercinta. sokong ummi. :-) jom share link di blog TKSB. http://wanshah87.blogspot.com
    :-)

    ReplyDelete
  7. It's nice Info, Go on spirit !
    Akan terasa indah bila kita dapat bertukar link sob. cek link sobat di blog saya dan segera di backlink yaa !

    ReplyDelete
  8. t'ksh sudi singgah,sy dah follow Zamrud,insy ada manfaat utk ummi yg baru beljar buat blog

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails