Followers

Sunday, December 6, 2009

SINAR DI HATI


Melalui kehidupan seharian,dek kesibukan menjalankan tugas seharian seperti belajar,bekerja,ibadah khusus yang kurang/tidak dilaksanakan,pandangan mata yang tidak terkawal,MELAKUKAN PERKARA MAKSIAT,semuanya boleh membawa manusia melupakan Tuhan.Maka pastinya pancaran gelombang hidayah semakin berkurangan dan akhirnya tenggelam....
Perasaan mula dilanda gelisah.
Lantas....
berbagai cara dilakukan untuk mendamaikan ombak keresahan.Bagi golongan remaja,mereka lebih suka melepak,chatting atau berkunjung ke tempat-tempat hiburan.Begitu jualah salah satu ALASAN bagi orang yang merokok,iaitu untuk mendapat KETENANGAN!

Namun...adakah semua itu menjanjikan ketenangan yang dicari?Ketenangan itu bermula di hati.
Justeru itu temanku..ingatlah!
ketenangan sejati hanya dapat diperolehi dengan mengingati Allah.
Firman Allah swt:

'Ingatlah,hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenang.'
(surah Ar-Ra'd:28)




Sabda Rasulullah saw:


'Tiap sesuatu ada
penggilapnya.Penggilap hati ialah zikrullah.Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah selain dari zikrullah.Sahabat bertanya: Jihad fisabilillah pun tidak boleh menandinginya? Jawab Rasulullah saw:tidak,walaupun ia terus mencantas musuh dengan pedangnya sampai patah'



Hari-hari yang mendatang menjelang bersama cerita dan kisah yang berubah-ubah untuk dilalui oleh tiap insan.Adakalanya ombak kehidupan bergerak lembut..manusia bisa tersenyum...dan adakalanya ia berombak ganas yang bisa melemaskan manusia.Itulah fitrah kehidupan yang mengandungi rahsia kebesaran Allah bagi orang yang mahu berfikir!
Dalam apa jua situasi dihadapi,ingatlah temanku sabda Rasulullah saw:
'Berzikir kepada Allah itu adalah merupakan penawar yakni obat untuk menyembuhkan hati yang sedang dalam kesedihan atau perasaan yang tidak mengenakkan.'

Sebagai manusia,iblis sentiasa memburu manusia untuk menyimpang dan menyesatkan manusia.
Justeru itu temanku..
jika jiwa mula tidak tenang dan gelisah,cepat-cepatlah kembalikan fokus kepada Allah agar dapat mengembalikan sinar cahaya di jiwa.
Cara paling mudah ialah dengan berzikir.Lebih indah jika dapat melakukan ibadah-ibadah tambahan....
Di samping memberi ketenangan,zikir juga sebenarnya dapat mengaktifkan otak.Ini dapat dilihat hasil dari kajian makmal yang dilakukan di Universiti Washington pada tahun 1993.Mereka membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yan diulang-ulang seperti berzikir terbukti dapat meningkatkan kecergasan otak.
Oleh itu temanku...
ketika Saintis Barat menemui mukjizat ini,kita sebagai umat Islam telah lama mengamalkan dan menerima manfaatnya.TAPI!!
sungguh malang jika kita mengabaikannya dan memandang remeh kepentingan berzikir ini!

4 comments:

  1. Salam cikgu. N3 yg baik menambahkan pengetahuan saya. T.kasih.

    ReplyDelete
  2. T'ksh jua krn sudi ikut blog Ummi.Sy hanya insan biasa yg sntiasa mencari kredhaan Allah dgn berkongsi dgn siapa jua yg sudi.

    ReplyDelete
  3. salam buat cikgu..
    catatan yang sungguh ilmiah..
    teruskan perjuangan murni tu...

    ReplyDelete
  4. Link saya disini di letak di mana ummi ?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails