Followers

Tuesday, December 15, 2009

AKU RINDU PADAMU



Musim Haji telah berlaluSemoga ia adalah titik perubahan bagi memperbaiki diri,apatah lagi awal Muharram bakal menjelang dalam masa beberapa hari lagi..Masing-masing pulang dengan pengalaman yang tersendiri.




 Saat paling indah yang dirasai  selepas perkahwinan dalam hidup ini adalah apabila berada di Tanah Suci.Waktu itu,tiada apa yang difikirkan kecuali beribadah kepada Allah.Rindu untuk ke sana buat kali ke dua sentiasa membara dalam diri ini,tapi bila difikirkan,lebih baik beri peluang kepada orang lain yang belum megerjakan haji lagi.Kadangkala perasaan kasihan menyelinap dalam diri apabila warga tua yang  masih tidak dapat ke sana,samaada kewangan tidak mengizinkan,masalah kesihatan atau menunggu giliran!
 

Sebenarnya isu yang ingin saya kongsikan bersama adalah mengenai pengurusan kewangan kita.Jika kita tidak merancang sistem kewangan kita,sudah tentu niat untuk mengunjungi Tanah Suci Mekah hanya menjadi satu igauan sahaja.Rata-rata masyarakat kita menunggu hari tua atau telah pencen baru nak mengerjakan Haji.
TETAPI...harus diingat,adakah pada ketika itu kesihatan kita mengizinkan kita atau....kita telah dijemput Tuhan terlebih dahulu?
Alasan kewangan tidak kukuh atau  banyak hutang adalah sekadar alasan yang dicipta untuk melarikan diri dari bersoal jawab dengan Tuhan.

Namun...pada hari kiamat nanti,tiada alasan yang dapat diberikan kerana kegagalan beribadat kepada

Allah.Kalau difikirkan ikut logik akal yang tidak berapa pandai matematik ini,jika kita dapat peruntukkan RM50.00 sebulan untuk persediaan mengerjakan haji,setahun anda mampu mengumpul RM600.00.Jika anda mula kerja pada usia 23 tahun,pada umur 43 tahun anda telah berjaya mengumpul RM12 000.Anda sudah mampu ke tanah suci!Jika kumpul RM100,umur 33 tahun dah menjejakkan kaki ke Mekah.Jadilah Haji atau Hajah dalam usia yang muda!



TETAPI... bukan title ini yang dikejar!Persoalannya,kenapa kita berkira sangat untuk menyimpan sejumlah wang untuk itu....sedangkan kita tak kisah pun habis wang untuk pakaian,makanan dan make up kereta yang sudahpun cantik!


Tabiat menukar kereta memang sudah sinonim dengan generasi muda kini.Ada tu dua tiga tahun sekali tukar kereta baru.Macamana nak simpan duit jika itu keadaannya!Golongan yang baru bekerja pun kini dah boleh bermewah dengan berbagai jenis kereta yang hebat-hebat!


Bagi golongan wanita pula,jika tidak beli pakaian setiap bulan atau tidak makan di restoran,tidak sah!Berapa banyak yang telah kita bazirkan untuk barang yang tidak kita gunakan sepenuhnya...terutama apabila tiba musim perayaan.Ada yang sanggup berhutang semata-mata nak menunjuk bahawa dia mampu.
Belum lagi kira hutang untuk mengadakan kenduri perkahwinan!Setengahnya tu pula sibuk mengumpul rumah.Tak cukup dengan satu.Alasannya untuk pelaburan hari tua.Namun....apa dah jadi?Setiap tengah bulan dah mula resah sebab duit tak cukup!Pengalaman di sekeliling kita sebenarnya banyak yang boleh kita jadikan iktibar...tetapi kenapa kita juga dibawa arus seperti mereka?
Jawapannya ada pada diri anda sendiri!


Pepatah orang tua ada menyatakan bahawa jika besar periuk,besarlah kerak nasinya.Berapa banyak wang yang kita perolehi setiap bulan,jika tidak diurus dengan bijak pastinya menjerat diri sendiri.Terpaksalah jadi  pekerja sambilan sebagai penggali lubang dan penutup lubang!
 Saya teringat seorang pakcik yang dapat mengerjakan haji dengan menjual daun pisang sahaja.Bila jumpa semula baru ni,dia bakal mengerjakan haji untuk kali ke dua.Bayangkan dengan hasil yang tidak menentu seperti itu dia mampu,apatah lagi bagi golongan yang berpendapatan tetap!


Apa yang penting anda harus ada niat dan peruntukkan sejumlah wang untuk itu.Beringatlah sementara anda masih sihat dan rezeki boleh dicari di mana-mana.InsyaAllah Allah akan membantu menyelesaikan hutang-hutang kita dan memberi rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.


Setiap keluarga tentunya mempunyai cara yang berbeza untuk mengagihkan wang pendapatan masing-masing.Namun perkara penting yang perlu diingat ialah anda hendaklah memastikan bahawa wang anda dapat melakukan apa yang anda mahu wang itu lakukan!

Ingatlah saudaraku....
dalam apa jua keadaan sekalipun,tanggungjawab kepada Allah tetap menjadi hutang yang perlu dilangsaikan!

Pengalaman diri sendiri yang terpaksa berjalan sejauh 10km pergi dan balik ke tempat melontar menyaksikan bagaimana golongan warga emas mengalami kesukaran yang nyata,apatah lagi jika hanya ditemani oleh suami yang sudah uzur.Alhamdulillah,kita dapat membantu ramai golongan seperti ini sepanjang musim haji jika kita pergi dalam usia yang muda.Dari membantu membasuh,menjemur kain hinggalah mengambilkan makanan dan minuman untuk mereka adalah perkara rutin yang biasa dilakukan di sana.Untuk ke masjid pun kena dipimpin kerana orang Arab ni jenis yang kasar.Mereka tak kira,pakai redah saja.


TETAPI...jika kita juga lemah seperti mereka,apa nak jadi.Kasihan makcik-makcik tua yang buta huruf.Nak naik lif pun takut,kadangkala tidur di bilik orang lain.!Lagi kasihan apabila di Arafah,golongan tua ni sering tak jumpa balik khemah,kerana semua nampak sama saja.


Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini,dengan harga barang semakin naik,perbelanjaan anak-anak semakin berganda-ganda nilainya,kita perlu berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan.


Saya tidak terkejut jika ada yang mengatakan,'hari ni dapat gaji,hari ini juga habis....'Justeru itu,marilah kita muhasabah situasi aliran wang tunai kita.Bagi yang dianggap berada dalam tahap kritikal atau ICU,berfikirlah sejenak!

 Memang tidak dinafikan,betapa terasa kecilnya nilai wang di tangan.Namun....kita mampu mengubah keadaan jika kita mahu!

Pokok pangkalnya adakah diri kita sendiri hendak berubah atau tidak?
 Firman Allah swt:
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.'
(SurahAr-Rad:11)
 InsyaAllah dalam post berikutnya,akan saya kongsikan beberapa tips untuk mengurus kewangan kita yang memang kurus!

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails