Followers

Friday, December 11, 2009

KESILAPAN MENDIDIK ANAK

Cuti sekolah adalah masa yang paling sibuk untuk kaum wanita kerana anak-anak sepenuh masa berada di rumah.Bagi wanita tidak bekerja,mungkin segalanya mudah diatasi kerana kebiasaan yang dijalani.Tetapi bagi wanita yang berkerjaya, banyak yang perlu dibiasakan.
Dari penyediaan makanan sehinggalah mengurus masa anak-anak.Masa yang ada harus digunakan sebaik mungkin supaya anak-anak tidak merasa terpinggir.

Sebenarnya banyak hal yang perlu difikirkan juga....apakah cukup ilmu agama yang mereka miliki agar mereka tidak tersalah jalan di kemudian hari...apakah telah sempurna ilmu fardu ain mereka...apakah mereka dapat membezakan baik dan buruk dalam usaha menjadi anak yang beriman dan beramal soleh ..

Ingin saya kongsikan bersama beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak.Semoga ia juga menjadi peringatan bagi diri saya yang sering lupa.


KESILAPAN PERTAMA:

Tidak mewujudkan suasana keislaman dalam keluarga.Contohnya,solat jemaah.Apabila anak sakit,kita mudah risau tetapi lupa akan kesihatan rohani mereka.Ada ibubapa yang solat,tetapi tidak pernah memastikan anak mereka solat juga.Ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui apabila berhadapan dengan pelajar yang bermasalah.Apabila ditanya,ada yang menyatakan ibubapa tidak pernah menegur mereka untuk melakukan solat tetapi boleh menegur mereka dalam perkara-perkara lain.


Wahai saudaraku,ingatlah firman Allah swt:
'Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan sembahyang,dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.Kami tidak meminta rezeki kepadamu.(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamuDan ingatlah kesudahan yang baik bagi orang yang bertaqwa.'
(Surah Thoha:132)

KESILAPAN KEDUA:
Dalam arus kemodenan yang kita lalui kini,ada ibubapa yang mendidik anak mengikut acuan masyarakat barat.Orang Barat hidup tanpa panduan agama dan hanya mengikut selera nafsu.Apa kesudahannya jika kita ikut acuan mereka?
Ibubapa merasa bangga jika anak dapat bertutur dalam bahasa asing tetapi
tidak pernah merasa bersalah jika anak tidak tahu mengaji!
Jangan kata semua remaja tahu mengaji,bahkan yang tidak tahu sembahyang pun ada!Menurut kajia
n yang dijalankan ke atas pelajar di beberapa sekolah menengah,didapati hanya 15% daripada mereka yang mengerjakan solat subuh sebelum pergi ke sekolah!
Ini hakikat yang kita perlu fikirkan di mana para remaja semakin menjauh dari persekitaran Islam yang sebenar.Tanggungjawab siapakah ini?

Firman Allah swt:
'Hai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,yang keras,yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka...
(Surah At-Tahrim:6)

KESILAPAN KETIGA


Anak-anak tidak dididik dengan ilmu agama secukupnya.Bahkan ada kejadian di mana ibubapa meninggal dunia,anak-anak hanya berdiri di luar rumah kerana mereka tidak kenal huruf AlQur'an,tidak tahu memandikan mayat dan tidak tahu solat! TETAPI... hafal pula nyanyian lagu dan tahu dunia artis.Doa.....jauh sekali.

Ingatlah duhai ibubapa,segalanya perlu bermula dari awal...dari mereka kecil lagi.Ibarat pohon ranting jika diluruskan ia akan lurus...tetapi jika telah menjadi kayu,ia tidak akan bengkok jika dibengkokkan.Hidupkanlah jiwa tauhid dalam hati mereka agar terpimpin dengan ikatan iman yang teguh.Bila meningkat dewasa,amat sukar untuk membentuk mereka.

Sabda Rasulullah saw:
'Setiap anak yang dilahirkan itu telah membawa fitrah beragama(perasaan percaya kepada Allah).Maka kedua orangtuanyalah yang menjadikan anak tersebut beragama Yahudi,Nasrani atau majusi.'

KESILAPAN KEEMPAT

Ramai ibubapa risau jika anak mereka tidak dapat keputusan yang baik dalam pelajaran dan ada yang sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk memastikan kejayaan bagi anak mereka.Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya cemerlang dan mencipta nama di persada dunia.Tidak salah berkorban untuk anak...
TETAPI pada masa yang sama jangan lupa menggarap ajaran ilmu agama ke dalam jiwa mereka.Janganlah kita terlalu ghairah untuk kejayaan ilmu duniawi semata.

Apakah kita ingin melihat anak kita menjadi peguam yang bercakap bohong...atau jurutera yang rasuah?Semoga dijauhkan oleh Tuhan!

Gandingkanlah ilmu dunia dan akhirat agar mereka
dapat mengimbangi kemewahan dunia dan akhirat.Jika tidak,anak-anak akan lebih suka mengejar kepuasan material dari spiritual....lebih suka mengejar kesenangan dunia dari kesenangan yang kekal abadi.


KESILAPAN KELIMA


Dari kecil anak-anak didedahkan dengan cerita-cerita dongeng yang sebahagian
nya khayalan semata-mata.
Sepatutnya ibubapa mend
edahkan mereka dengan sejarah para nabi dan rasul,orang-orang soleh,tokoh-tokoh Islam supaya mereka membesar menjadi remaja yang sempurna.



KESILAPAN KEENAM


Para ibu memang gemar memasak,tetapi adakalanya makanan yang dihidangkan boleh membawa mudarat kepada anak-anak.
Makanan yang boleh mempengaruhi minda mereka seperti makanan berlemak,snek,buah yang tinggi kandungan asidnya,makanan berlemak dan MSG hendaklah dielakkan.
Tabiat pemakanan banyak mempengaruhi cara hidup kita.Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak penyakit yang menyerang manusia adalah berpunca dari makanan yang dimakan.Kita adalah apa yang kita makan!
Justeru itu....adalah penting untuk kita mengatur tabiat pemakanan yang baik

Sabda Rasulullah saw:
'Perut adalah pangkal segala penyakit.Menjaga pemakanan adalah pokok sekalian obat.'
Semoga apa yang saya kongsikan bersama ini dapat menjadi panduan dan ingatan untuk semua.Anak adalah harta yang paling berharga bagi ibubapa.Jangan kesilapan yang kita lakukan membawa kita ke arah kebinasaan.
'Pohon yang tumbuh di taman syurga tidakkan sama dengan pohon yang tumbuh di tanah yang gersang'

Anak -anak yang kita didik tidak dapat lari dari digugat oleh persekitaran dan langit yang tiada sempadan.Seribu satu macam musuh dan ancaman menanti anak-anak kita sepanjang perjalanan hidup ini.

Apakah bekal mereka untuk mengatasi semua ini?Semuanya bermula dari kita sendiri.
Jika ditakdirkan anak-anak kita kalah dalam perlumbaan menggarap ilmu dunia,usah bersedih kerana kita tetap menang di akhirat justeru kesusahan kita mendidik mereka dengan peraturan Tuhan!

3 comments:

  1. Salam...:)

    Apakah erti kejayaan yang sebenar untuk anak kita? Kejayaan yang hakiki, ialah apabila anak kita dapat taat perintah Allah SWT dan dapat amal cara hidup Rasulullah s.a.w dalam setiap yang dilakukan dalam kehidupannya.

    Sekiranya dia seorang yang cemerlang akademiknya, dia adalah seorang pelajar genius yang taat kepada Allah dan RasulNya.

    Sekiranya dia seorang doktor, dia adalah seorang doktor yang taat kepada Allah dan Rasulnya.

    ReplyDelete
  2. yang dibanggakan hari ini ialah bila anak-anak dapat 5A, 10A tetapi soal akhlak, solat yang tidak dikerjakan secukupnya dilihat sbelah mata saja.Apa yg ditulis ini adalah persoalan yg baik untuk para ibu bapa .Masih ada waktu lagi untuk dibuat perubahan dalam mendidik anak-anak.

    ReplyDelete
  3. Itulah yg terjadi jika ibubapa sendiri menjauhi diri dari agama.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails