Followers

Wednesday, December 9, 2009

DUKA YANG MENYAPA

Hidup tanpa dugaan adalah ibarat laut yang tiada berombak,ibarat lagu tanpa irama,ibarat bumi tanpa disinari mentari...Itulah hakikat hidup ini.Ujian adalah warna-warna di kanvas kehidupan manusia.

Yakinl
ah pada Allah,mengadulah,merintihlah hanya pada Allah siang dan malam,insyaAllah Allah akan menolong menyelesaikan segala masalah yang kita hadapi.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengasihani.
Serahkan diri pada Allah
dan yakin sepenuhnya bahawa sebarang masalah
hidup yang menimpa kita hanya Allah sajalah yang boleh menyelesaikannya.Atas dasar itulah Allah akan membantu kita.

Firman Allah swt:
'Dan apa saja niqmat yang ada pada kamu maka dari Allahlah datangnya,dan bila kamu ditimpa kemudaratan hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan.'
(An Nahl:53)

Angin yang menderu anggaplah sebagai satu ingatan yang memaksa kita untuk lebih arif membaca peta hidup.Sampai bilapun kita akan terus berhadapan dengan cerita yang pelbagai.
Justeru itu temanku...

biar apapun,jangan biarkan suasana menghanyutkan kita.Walau kita dikelilingi suara-suara negatif,jalan yang benar sentiasa terbentang luas untuk kita membuat pilihan.

Firman Allah swt:

'Dan barangsiapa beriman kepada Allah,nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu'. Rawatlah kedukaan hati dengan mengingat sabda Rasulullah saw: 'Tidak ada satu musibah(cubaan) yang menimpa seorang Muslim melainkan dosanya dihapus oleh Allah kerananya(musibah itu),sekalipun musibah itu hanya kerana tertusuk duri'.
(Riwayat Muslim daripada Aisyah r.h.a.)

Ingatlah teman satu hakikat bahawa takdir dan nasib manusia berbeza-beza dan tiada siapa dapat meramalnya.Dituntut ke atas kita ialah sabar,redha dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.Setelah itu berserahlah kepada Allah kerana setiap kesabaran itu ada ganjarannya.

Biar betapa berat sekalipun mata yang memandang,dan betapa beratlah lagi bahu yang memikul,anggaplah ia sebagai proses pembersihan dari Allah swt ke atas diri kita.

Sebuah Hadis Qudsi diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani berbunyi:
'Sesiapa yang tidak redha dengan ketentuanKu dan tidak sabar dengan ujianKu,maka carilah Tuhan selain dariKu.'

Jelas Allah amat mengharapkan kita agar redha dan sabar dengan ujian yang ditimpanya walaupun hari -hari yang mendatang tidak menjanjikan apa-apa.


Justeru itu temanku...
Jadilah kita seperti aliran sungai yang mengalir.Masalah dalam hidup umpama sampah yang sangkut di liku sungai.Satu sangkut di tebingnya,kemudian lepas...esok sangkut lagi.
Namun..aliran air terus mengalir.Begitulah jua hendaknya kita.Sesungguhnya setiap ketabahan mempunyai nilai...
Sabda Rasulullah saw:
'Barangsiapa diberi niqmat oleh Allah dia mahu bersyukur,dicuba oleh Allah dia mahu bersabar dan berbuat jahat dia mahu mohon ampun,maka dia boleh masuk syurga dari pintu mana yang ia kehendaki.'

Ingatlah teman...
Laut tak selamanya bergelora,seperti firman Allah swt:
'Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.'
(Alam Nasyrah:6)

Mudah-mudahan bicara ini dapat menghentikan tangisan duka di hati!

2 comments:

  1. ombak, la berombak mengapa menrubah pasir dipantai,
    bayu, bertiuplah bayu mengapa menjadi ribu dan badai.

    .............tahniah. baik blog anda. salam ziarah. saya ambil gambar patung tidor tu untuk blog saya dimasa depan. tq

    ReplyDelete
  2. T.ksh,sy umpama bdk baru belajar,kalau slh tlg tnjkkn.Ambillah apa sj,lain x tak perlu minta kbnrn,sglnya utk dikongsi bersama

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails