Followers

Monday, December 7, 2009

PANAHAN CINTA

Istilah cinta amat bermakna bagi setiap insan.Ia adalah naluri semulajadi yang dikurniakan Allah untuk meneruskan keturunan(salah satunya untuk menyukai insan berlainan jantina).

Firman Allah swt:
'Dan di antara kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri ,supaya kamu cenderung merasa tenteram kepadanya,dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berpikir'.
(Ar Rum:21)
Ia adalah gelodak rasa dan emosi yang lahir dari hati.Tidak hairanlah ianya menjadi ungkapan setia yang bermain di bibir manusia,apatah lagi golongan remaja.Fenomena ini sebenarnya boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira usia jika tidak dikawal.Hatta kita ada mendengar pasangan yang telah berumahtangga pun berjinak-jinak dengan cinta semula. Mungkin kerana situasi sekarang manusia kurang kasih sayang dalam kehidupan,sehingga kan tidak menyempat-nyempat untuk bercinta tanpa mengira batasan agama!
Kuasa cinta boleh membuat manusia buta.Cakap pun tidak tentu hala.Fikirannya lumpuh,hanya tertumpu kepada orang yang dicintai.Ketika bercinta,anda berada dalam arus 'theta' iaitu arus lembap yang mengarah kepada kebodohan.Inilah agaknya orang yang bercinta tidak mampu berfikir secara rasional.

Pepatah
Arab ada menyatakan: 'Setiap orang menjadi hamba kepada apa yang dicintainya'
Justeru itu,banyak kes yang menunjukkan kebodohan manusia yang dalam percintaan.Suatu ketika dulu kita pernah dikejutkan dengan kematian seorang jelitawan yang memenangi pertandingan 'Face of Asia' bernama Sahar.Beliau terjun dari balkoni kerana kecewa apabila mendapat tahu kekasihnya sudah berkahwin.Dengan muka yang rupawan,bukankah mudah baginya mencari pengganti atau mengejar lelaki lain?

Bahkan,mengikut sejarah Islam,panahan cinta yang terkena kepada wanita bergelar Zulaikha sepatutnya kita jadikan pengajaran.Cinta yang sepatutnya dicurah kepada suami,tumpah kepada Nabi Yusuf a.s.Kesudahannya,cinta yang tidak bertempat,membawa aib dan fitnah yang memakan diri.
Itulah panahan cinta yang sering dialami oleh manusia.

Sebenarnya perasaan ini adalah fitrah dan sememangnya wajar dimiliki.TAPI.... manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tujunya.Malangnya ramai manusia membuat kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.

Cinta hendaklah difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh hormat,tanggungjawab, bermaruah,ikhlas dan ada matlamat yang jelas.Islam juga telah meletakkan satu aturan yang indah tanpa mengabaikan hubungan manusia dan Tuhan.Islam telah meletakkan cinta di tempat yang bermaruah.Justeru ingin mendapat kasih sayang Allah jualah,manusia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang untuk mengejar kehidupan yang lebih abadi di akhirat kelak.


Cinta pura-pura atau cinta monyet senang diperolehi tetapi berapa lama ia dapat bertahan?
Dengan cinta sebegini,semuanya tampak indah dan lautan api pun sanggup direnangi kerana masing-masing berada di dunia khayalan. Pertumbuhan cinta dengan nafsu yang membara pastinya membawa bencana dan kesesatan yang nyata.Ingatlah teman...

Cinta sejati
tidak akan ditemui jika manusia gagal menemui cinta Allah.Hanya Allah yang akan memberi cintaNya kepada hamba yang dikehendakiNya.Allah yang akan mempersatukan hati mereka.Walau pun manusia membelanjakan seluruh kekayaan yang ada,kebahagiaan cinta tetap tidak diperolehi jika Allah tidak mengkehendakiNya.

Justeru itu,semakin dekat dengan Allah,semakin banyak cinta Allah beri pada pasangan tersebut.Cinta inilah yang akan kekal hingga akhir nanti dan takkan luntur dek panas mentari atau berubah seperti musim yang silih berganti.Oleh itu carilah cinta Allah dan Rasulnya sebelum mencari cinta sesama manusia.

Firman Allah swt:
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui'
(Al-Baqarah:216)
Kita tidak tahu apa yang terbaik untuk kita.Mohonlah pertolongan daripada Allah.Jika kita umpamakan buah mangga yang masuk ranum,belum tentu di dalamnya tiada ulat.Justeru itu...terimalah sekiranya ada rezeki anda akan berkahwin dengannya.Sekiranya tidak,anggaplah itu yang terbaik untuk anda!

Untuk segala ketidakpastian ini,lebih wajar jika anda menimba ilmu di kala usia masih muda..atau sibukkan diri dengan kerja-kerja amal dan meningkatkan amalan diri.Kuatkan hati sekukuh pendirian Nabi Yusuf a.s.


Sesungguhnya cinta itu BESAR maknanya.Janganlah diremeh-remehkan dan gunakanlah untuk kebaikan.Peliharalah diri,berpegang teguhlah dengan tali Allah.Berhati-hatilah dengan panahan cinta.Anda tidak tahu apa yang menanti anda di hadapan.




5 comments:

  1. T,ksh sudi lwt blog makcik.Tahniah,kecil lagi adik dah brjaya ada blog sendiri!

    ReplyDelete
  2. cinta itu merupakan sesuatu yang cukup bermakna dan bernilai bagi seseorang wanita. Ia jauh lebih bernilai dari harta dunia dan wanita sanggup tidak berharta asalkan mempererolehi cinta.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..
    nIce entry.. hargai Pemberi cinta dahulu nescaya cinta itu akan lebih berharga...

    ReplyDelete
  4. salam.. puan umi,

    Cinta adalah sesuatu yang abstrak untuk dibicarakan! Ia mungkin menjadi satu yang kontrovosi untuk diperdebatkan. Apalagi untuk menerimanya secara lapang dada dan husnul Dzan. Kekadang cinta bagai musuh bagi sesetengah manusia. Ada yang menjadikan cinta sebagai teman akrab yang paling abadi dan ada yang menganggapnya satu dongengan yang tiada erti. Itulah cinta.

    Memang cinta tiada definasi. Ia ditakdirkan menjadi kata tanpa benda. Tak terlihat tapi terasa. Itu kata pujangga cinta. Yang punya jiwa halus untuk dimengerti. Cinta bagai badai yang boleh memindahkan gunung pasir ditengah gurun, bagai tsunami yang menjamah seluruh permukaan bumi dan menyeret benda angkuh dihadapannya, bagai api yang membakar dengan rakusnya. Ia ditakdirkan menjadi kekuatan angkara murka yang mengawal dan melindungi kebaikan

    Cinta adalah satu legenda. Legenda yang tidak pernah selesai. Seandainya Rabiah Al~Adawiyah, Rumi, Iqbal boleh menceritakan ttg cinta dalam prosa dan puisi cinta mereka sehingga mengangkat darjat mereka menjadi auliya’ Allah, apakah tidak boleh kita menerima nya secara positif dalam membina emosi kita kearah tasawwur cinta yang sebenarnya!

    Cinta itu amat rumit. Kerana ianya terletak pada antagoni antagoninya. Dalam kerumitan itu jugalah pesonanya menyebar pada kerja dan pengaruh pada kehidupan manusia.

    Seperti kata pujangga cinta. ” Kita tidak perlukan definasi cinta dan tidak perlu penjelasan tentangnya sepertimana kita tidak perlu penjelasan keterikan mentari untuk kita merasakan teriknya. Kita hanya perlu tahu cara kerjanya. Cara itulah kerjanya. Mungkin inilah yang dikatakan ” The Art of loving “.
    Didalam perkahwinan fikh cinta adalah perkara utama yg perlu difahami kerana disitulah terkandungnya trilogi . SEBUAH AMANAH, SEBUAH TUGAS DAN SEBUAH JANJI.

    Akad Nikah adalah satu perjanjian yang keras dimana seorang lelaki mengambil alih hak pewalian dari ayah perempuan yakni akad, satu kontrak dan satu perjanjian. Mengambil perempuan dari perlindungan sang Ayah adalah satu amanah Allah dan disitulah sang suami kena menghormati isterinya jika dia menyintai dan tidak akan menzaliminya sekiranya satu hari nanti dia tidak menyintai.

    Inilah cinta yang tulus, cinta yang sunnah dan cinta yang diredhai Allah yang melahirkan ” Semangat pertanggungjawapan” yang seterusnya melahirkan cinta yang tulus dan agung, kerana ia membuat pandangan mata hatimu mampu menembus batas batas kebenaran kepada hakikat abadi yang membawa keribaan Allah dihari keabadian.

    anaklaut,

    p/s: terima kasih singgah beri komen di anaklaut

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails