Followers

Saturday, December 26, 2009

Mencari JALAN Pulang


 Berjalan-jalan mengisi masa cuti bersama keluarga,diri ini dapat menyaksikan berbagai ragam manusia.Jelas tergambar di sana-sini bahawa insan mudah lupa dan alpa dalam keseronokan yang dirasai.Di tempat membeli-belah,manusia menghabiskan masa dan wang tanpa melihat dunia di sebelah sana.TETAPI apabila masuk waktu solat,surau di situ tetap lengang.Begitu jua di tempat -tempat lain yang menjadi tumpuan manusia.Kadangkala keadaan ini melemaskan diri ini.....apatah lagi melihat ajaran agama yang diketepikan seolah-olah ianya perkara remeh dalam kehidupan mereka.

Hati siapa yang tidak sedih melihat ibu-ibu yang membiarkan anak-anak mereka berpakaian seksi,ketat,tidak menutup aurat,rambut berdye,sedangkan ibu-ibu bertudung litup.Apakah mereka mengira bahawa anak-anak bukan tanggungan mereka?Ada pula ibu-ibu mengambil kesempatan memakai baju T-shirt berlengan pendek apabila berkelah atau bersantai.Apakah makna semua itu?Adakah mereka melakukannya kerana kejahilan atau mengikut trend semasa? 

Begitu jua remaja tidak segan silu lepak,berpacaran dan berbual seolah dunia ini milik mereka berdua.Tidak dapat diri ini bayangkan bagaimana  anak-anak ini membesar dalam dunia yang sedemikian.
Apa yang disentuh di sini adalah perkara tipikal yang berlaku dalam masyarakat.Usah dibayangkan ibubapa yang masih berjinak dengan pub dan disko serta anak-anak yang mengamalkan kehidupan secara bebas.
Ingatlah duhai ibubapa...
pembentukan keluarga amat penting sejak dari awal lagi.Memang manusia tidak dapat memilih siapa yang patut jadi ibubapanya,
tetapi manusia masih ada ruang dan peluang untuk memilih pasangan hidup masing-masing.

Justeru pemilihan bakal pasangan hidup adalah kritikal sebenarnya.Jika tersilap pilih kerana mengikut runtunan emosi semata-mata sehingga melupakan pertimbangan akal dan syarak pastinya boleh membawa padah.
Pasangan kita adalah ibarat 'broadband' yang menghubungkan talian taat dan cinta kepada Allah swt.Jika talian terputus,maka kita pastinya semakin jauh dari Allah.Pilihlah orang yang kuat pegangan dan tinggi kefahaman hidup beragama.Namun ambil kira jua soal kufu,keturunan,paras rupa dan harta.Itulah antara nasihat Rasulullah saw untuk memilih calon pasangan.

Andaikata kita telah terlajak memilih......masih ada ruang dan waktu untuk berusaha memperbaiki keadaan dan mengubah situasi.Pintu doa dan taubat sentiasa terbuka selagi nyawa belum sampai ke halkum.Usaha perubahan boleh dilakukan dengan belajar dan muhasabah diri bagi mengenalpasti kesilapan diri.Bermujahadahlah,berazamlah.....apatah lagi kita baru melangkah ke awal tahun 1431H.Gunakan saluran yang ada untuk mendapatkan ilmu.Dalam dunia kini yang sudah tidak punya sempadan lagi,segalanya ada di hujung jari,kawalan juga dalam kuasa jari jemari.Mintalah nasihat dan pimpinan dari orang yang layak dalam bidangnya.
Ingatlah duhai saudaraku...

Bukan usaha dan amal jadi nilaian untuk berjaya dalam sesuatu perkara.Kunci keberhasilan adalah terletak di tangan Allah swt.Hidayah dan petunjuk datangnya dari Allah.Justeru itu,jangan lupa memohon bantuan dariNya jua.Selagi ada harapan.di situ ada peluang kerana keredhaan Allah itu amat luas.Mohonlah,memintalah agar dipermudahkan dalam segala usaha menuju ke syurgaNya.
Firman Allah swt:
'Dan kepada mereka yang benar berjihad untuk(mencari keredhaan) Kami,benar-benar akan Kami tunjukkan jalan -jalan Kami(petunjuk).Sesungguhnya Allah benar-benar bersama dengan orang yang berbuat baik.'
(Surah Al-ankabut:69)
Doa berikut amat menyentuh hati dan ingin diri ini kongsikan bersama di sini.Doa ini merupakan doa yang dibaca oleh Umar bin Khattab semasa beliau tawaf selepas beliau memeluk Islam.

'Ya Allah,sekiranya engkau mentakdirkan aku tergolong dalam golongan orang-orang bahagia,tetapkan aku dalam keadaan aku.Sebaliknya,apabila engkau tetapkan aku dalam golongan yang celaka dan berdosa,hapuskanlah takdir itu dan masukkan aku ke dalam golongan yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.'
Bersama keredhaan Allah itu ada jalan pulang yang dicari-cari!Marilah kita merintis jalan pulang tersebut bersama-sama. 

6 comments:

  1. assalammualaikum

    realiti semasa yang menyesakkan, kan.
    yang penting, doa, agar kita dan keluarga sentiasa selamat dari fitnah ini...

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Tanggung di dunia...
    Jawab di akhirat...
    Moga hati-hati mereka buka utk bertaubat...

    ReplyDelete
  3. salam....

    begitu lumrah, sudah tidak ada sifat2 malu lagi dah..apa nak buat..

    satu persoalan...siapakah yg bersalah?
    guru? ibu bapa? keadaan persekitaran? kerajaan? atau apa??

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah buat puan..

    syukran ats entri ni..malu itu pakaian takwa..bila hilang malu bermula lah bermacam agenda..

    pd pandangan dan pengalaman sy yg masih setahun jagung berhempas pulas dalam rencah hidup ni, peranan ibu bapa tersangat penting dlm membentuk dan mendidik anak2..ibu bapa yg seharusnya mencorakkan anak2 dalam suasana bait muslim yg disarankan dlm Islam..seharusnya anak2 diterapkan nilai2 islami sjak kecil lg,sedih melihat ibu bapa zmn sekarang yg brpusu2 mendaftarkan n mengahantar anak2 masing2 mnyertai rancangan2 realiti tv ..kalau akademi fantasia mgkin itu anak2 sndiri yg pilih jalan..tp kal rncangan realiti utk si kecil pada siapa kite nk persalahkn..

    dugaan dan cabaran dlm mndidik anak2 mmg besar lebih2 lg dlm era skrg..bg yang sedang melalui..teruskn memikul amanah dgn bantuan dan senjata yg telah Dia bekalkan..bg yang belum, persiapkan diri dgn ilmu secukupnya..semoga Allah kuatkan iman kita semua..

    p/s: sy seronok dpt bertemu dgn blog puan..semoga puan dalam rahmat Allah selalu..amin..:)

    ReplyDelete
  5. eee... paling gelemen bila tengok rancangan realiti tv hiburan, makcik-makcik bertudung terkinja-kinja bertepuk tangan menyokong aksi anak-anak yang tergedik-gedik... tukh insan yang selama dikandung hendak dibentuknya

    ReplyDelete
  6. Cari jalan pulang dengan membaca Pak Karamu /Umarak Dagang insya Allah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails