Followers

Tuesday, December 15, 2009

Wang Oh Wang


 Seperti yang saya janjikan dalam post sebelum ini,saya ingin menyentuh sedikit tips-tips yang boleh digunakan dalam menguruskan kewangan keluarga.Saya bukanlah perancang kewangan atau pun pengurus harta anda,tetapi sekadar ingin berkongsi maklumat yang diperolehi melalui pengalaman dan teman-teman di sekeliling.Pengalaman adalah guru terbaik untuk kita.


Suatu ketika dalam hidup dulu,saya juga pernah melalui zaman getir di mana wang gaji habis setiap hujung bulan.Alhamdulillah...
mungkin berkat  mengunjungi Tanah Suci,Allah telah memberi laluan mudah dan sumber rezeki yang tidak disangka-sangka.

Kini...biarlah apa yang saya lalui dijadikan pengajaran bagi semua,terutama bagi pasangan yang merancang,memulakan hidup berumahtangga  atau berada di fasa kedua perkahwinan

Dalam berbelanja,anda sebenarnya berhadapan dengan pilihan.Contohnya,bila anda membeli kereta,adakah anda akan memilih kereta mewah atau biasa saja,semuanya anda yang menentukan.Antara anda membayar ansuran kereta RM1300 sebulan dengan ansuran RM700 sebulan, jelas menunjukkan perbezaan jumlah wang RM600 yang anda boleh gunakan untuk perkara lain.Semuanya bergantung kepada tujuan anda,samaada untuk menjaga imej atau sekadar untuk keselesaan keluarga.
Ingatlah...

Anda perlu terjemahkan matlamat kewangan anda dengan membuat belanjawan.Ada perbelanjaan wajib yang perlu dijelaskan setiap bulan seperti bayaran kereta,bil,makanan,duit anak-anak,minyak kerta dsbnya.Jangan lupa diasingkan sedikit untuk perbelanjaan berkala seperti insurans kereta,hari raya ,bayar premium insurans,melancung dan awal sesi persekolahan.Berapa pula untuk disimpan dapat dijawab jika anda membuat pelan perbelanjaan.Harus diingat bahawa anda perlu berkongsi wang dengan suami.Jangan anggap duit dia duit anda dan duit anda milik anda sendiri.Apalah erti rumahtangga yang sebegini rupa.



Saya pernah mengenali seseorang yang tidak berkongsi sumber pendapatan dengan suami hinggakan apabila balik kampung timbul isu siapa nak isi  minyak kereta!Ada tu,suami lebih rela berhutang dengan orang lain dari memberitahu isteri sendiri masalah kewangannya.Begitulah ragam hidup manusia.Nama saja bersedia sehidup semati,tetapi perkara-perkara yang boleh membawa kerenggangan hubungan tidak diambil berat.

Setelah jelas aliran wang anda,laksanakanlah.Jika berlaku sesuatu di luar jangkaan,anda sudah ada aliran tunai yang mencukupi untuk menghadapinya.Bagi wanita tidak bekerja,cuba simpan sedikit dari duit pasar yang suami beri.Sekurang-kurangnya suami tidak pening kepala apabila anak sakit di tengah-tengah bulan!
 TETAPI..

sebagai wanita,anda perlu pandai menyimpan sedikit untuk diri anda kerana kadangkala langit tidak selalunya cerah.Sediakanlah payung sebelum hujan.Anda perlu ada akaun sendiri terutama bagi yang tidak bekerja.

Peruntukan untuk makanan merupakan antara yang terbesar dalam perbelanjaan bulanan anda.Cuba kurangkan beli atau makan di luar kerana kita tidak pasti dengan kualiti hidangan yang disediakan di luar sana tu.
Jangan terkejut jika saya katakan saya pernah berjumpa dengan keluarga yang makan di luar setiap hari termasuk bulan puasa.Mereka menghabiskan tidak kurang dari RM3000 sebulan.Tapi itu bukan persoalannya jika mereka mampu.Apa yang menjadi masalah adalah kualiti makanan yang dimakan.
Memang makan sedap,tapi apa bahan yang dicampur di dalamnya?Adakah tukang masak tu solat?Jika tidak,air tangan orang yang tidak solat boleh menjadi salah satu sebab hati kita menjadi gelap!
Ubahlah tabiat bergaya anda.Pilih pakaian berjenama kadangkala memaksa anda menggunakan kad kredit.Nak bayar tunai,takut duit tak cukup.Masalah penggunaan kad kredit yang tidak terkawal bakal menjerat leher anda sendiri.Kalau anda bayar minimum setiap bulan,2 tahun baru habis bayar,belum lagi diambilkira perbelanjaan yang ditambah dari masa kesemasa!

Bagi yang telah terjerat dengan hutang kad kredit terlalu banyak,anda perlu lakukan sesuatu.Kalau setiap bulan RM800-RM900 untuk bayar kad kredit,apa cerita?Apa yang boleh anda lakukan ialah membuat pinjaman peribadi dan jelaskan semua hutang-hutang kad kredit anda.Anda masih mempunyai baki yang boleh digunakan untuk yang lain.

Pengiraannya mudah saja.Jika anda bayar kad kredit RM 1000 sebulan,bermakna hutang anda adalah sebanyak RM20,000 kerana setiap RM1000 yang anda belanjakan,anda perlu membayar minima RM50.Jika anda membuat pinjaman peribadi dengan mana-mana bank,untuk bayaran bulanan RM300,anda akan memperolehi pinjaman sebanyak RM25,000.(Lebih kurang)Sudah lebih dari mencukupi,dan anda masih ada lebihan RM700 dari kebiasaannya.

Selepas selesaikan,simpan satu kad sahaja utk kes kecemasan!Sampai bila kita nak berterusan dibelenggu hutang?Seperti yang saya katakan sebelum ni,kalaulah kita boleh simpan sedikit untuk persediaan mengerjakan haji,alangkah baiknya.Jangan risau dengan hutang bank dan rumah yang belum habis sebelum ke Tanah Suci,kerana kita boleh ambil insurans sebagai perlindungan.Apa-apa terjadi kepada kita,waris tidak perlu menjelaskan baki hutang kita.
Di samping itu,jangan abaikan kesihatan diri dan keluarga.Kesihatan adalah niqmat Tuhan yang sering dilupakan.Banyak keluarga terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk mengubati penyakit yang datang.Misalnya untuk ke klinik atau membeli ubat.
Bukankah lebih baik dari awal lagi kita mengamalkan hidup sihat bagi mengelakkan sebarang penyakit.
Contohnya,

rata-rata para ibu yang saya tanya,tidak memperuntukkan wang untuk 'food supplement' samada untuk minda atau tubuh badan.Begitu juga amalan meminum susu tidak lagi diterapkan dalam jiwa anak-anak sebaik sahaja  mereka melangkah ke alam persekolahan.Perkara ini perlu diambil perhatian kerana kualiti makanan sekarang menyebabkan anak kita membesar dengan zat pemakanan yang tidak mencukupi!

Orang tua sering berpesan,ingat sebelum kena,berjimat sebelum habis! Kita ni lain pula.Selagi tak habis,selagi itulah tangan gatal aje nak berbelanja!
Apa yang penting sekarang,anda hendaklah tahu kedudukan kewangan anda sendiri.Mulalah melihat dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.
Wahai kaum wanita..

Kalau dahulu,kita banyak menanam bunga dalam pasu,apa salahnya kita tanam pula keperluan harian kita seperti pandan,serai,cili dan kunyit.Bagi suri rumahtangga,anda punya masa untuk semua itu!Bukankah itu lebih baik dari kita nak gunakan sehelai daun pandan pun terpaksa beli di pasar!
Apa yang ditulis di atas adalah sekadar buat renungan dan ingatan buat diri yang serba kekurangan ini.
Anda mungkin ada cara yang lebih baik,jadi carilah cara yang terbaik untuk anda dan keluarga anda!
Selamat berjaya!

2 comments:

  1. salam...


    jangan jadi hamba kepada wang..pepatah greek ada menyatakan, 'kalau ada wang, "hantu" pun boleh beli"

    benarkah?

    ReplyDelete
  2. thank for this info.....a lot of information related to our life.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails