Followers

Sunday, December 13, 2009

MANFAATKAN MASA BERHARGA ANDA


Sesungguhnya Allah menjadikan manusia dengan sistem yang tersendiri.Sistem inilah menyebabkan kita cergas pada waktu siang dan mengantuk pada malam hari.
Firman Allah swt:
'Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat,dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki).'
(Surah Al-Furqan:47)

Pada waktu siang badan kita mengeluarkan hormon yang dipanggil 'kortisol' yang berfungsi melajukan pernafasan dan jantung.Hormon ini mula keluar seawal pukul 1.00 pagi sewaktu kita tidur sebagai persediaan menghadapi hari esoknya.

Setengah doktor memanggil ia dengan panggilan 'hormon stress' kerana ia berada pada tahap yang tinggi bila seseorang itu mengalami stress.Justeru itu...tidak hairanlah kenapa seorang yang stress biasanya menghadapi masalah untuk tidur!

Dari sudut pusingan biologi,manusia paling produktif di antara pukul lapan hingga satu tengahari.Gunakanlah masa tersebut untuk melakukan sesuatu yang penting dalam hidup kita.Selepas fasa itu,badan mula lemah dan letih.
Manakala pada waktu malam pula,badan manusia mengeluarkan hormon yang dipanggil 'melatonin'.Ia menyebabkan kita mengantuk,dan kadar hormon ini semakin menurun apabila menjelang pagi.

Walaubagaimanapun,ada faktor lain seperti pemakanan,persekitaran dan kesihatan yang mempengaruhi kecergasan kita!

Jika kita imbas kehidupan Nabi Muhammad saw,baginda mengambil kira kehendak keperluan badan bagi tujuan menyihatkan badan sebagai persediaan untuk beribadah.Contohnya, baginda tidur sekejap pada waktu tengahari yang dikenali sebagai 'qailulah'. Rupanya,pendapat ini dipersetujui oleh Dr. William A.Anthony dalam bukunya 'The Art of
Napping.'


Dalam satu peristiwa lain pula,nabi pernah memasuki masjid dan ternampak seutas tali merentangi dua tiang.Apabila ditanya,rupanya tali itu kepunyaan Zainab yang digunakan untuk berpaut selepas letih mengerjakan solat.Nabi pun terus berkata'Bukalah tali ini.Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika cergas dan ketika mengantuk pergilah tidur.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Ingatlah saudaraku....
badan kita diumpamakan sebuah kereta yang perlu dijaga dengan rapi jika kita hendak kereta tersebut tahan lama.Rancang masa dengan baik,agar tubuh kita mendapat manfaat.
Sedarlah bahawa badan kita ada hak ke atas kita.Siapa yang perlu disalahkan jika berbagai penyakit mula mengundang diri?

Semua manusia ingin mencapai kesempurnaan dalam hidup.Untuk itu,perancangan amat penting agar masa dapat digunakan sepenuhnya dan dalam masa yang sama tidak me
lupakan elemen penting dalam usaha ini,iaitu BADAN kita sendiri.

Saya tertarik dengan satu kajian yang menyatakan 65% wanita Melayu(usia 31-45tahun)di negara ini mengaku belum mencapai impian hidup.Mereka juga dikenalpasti golongan usia paling tidak gembira dan kurang optimistik.Walaupun kajian ini dilakukan ke atas 1000 responden sahaja,ia serba sedikit dapat memberi gambaran mengenai dilema yang dialami oleh para muslimah pada hari ini.Tentunya apabila ditanya,kebanyakan muslimah ingin menjadi yang terbaik,duniawi dan ukhrawi.

Perjalanan memburu impian tidak seindah cerita laila dan majnun atau Mat Jenin.Apabila tersungkur,berbagai rasa negatif muncul mengakibatkan kita dibelenggu.
Jangan marah pada diri sendiri.Tidak semua keinginan dalam hidup akan dapat kita penuhi.Usah jua sesal dengan kekurangan diri.Hanya Allah sahaja yang memiliki sifat sempurna.Kita hanya boleh berdoa agar Allah memberi sedikit ciri-ciri kesempurnaannya untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup ini.

Manusia dituntut supaya beribadah seolah-olah kita akan mati keesokan harinya,dan pada masa yang sama bekerja seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi.Inilah keseimbangan yang perlu dilakukan oleh manusia dalam menuju kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.


Usah persiakan umur efektif anda.Banyak yang perlukan diberi perhatian kerana pada usia inilah beban kita semakin berat samaada dari segi kerjaya,anak-anak atau penyakit yang mula menjengah!.

3 comments:

  1. Demi masa marilah saling nasehat menasehati

    ReplyDelete
  2. salam,

    Allah SWT mengurniai kita setiap sorang masa 24 jam sehari. Maka, sebaiknya la kita manfaatkannya. Khususnya ke jalan yang diredhaNya.

    ReplyDelete
  3. T.ksh sudi snggh.Tahniah,lulus PTK B.4,Sy jg tak sbr tunggu keptsn sbb sy pun buat smkn sml

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails