Followers

Thursday, December 17, 2009

Bila DIRI dilupakan


 Ada suatu ketika,semua yang anda buat serba tidak kena.Buat ini tak kena,buat itu tak kena.Berdebar-debar,gelisah,tidak sedap hati,tidak tenteram dan sebagainya?Macam rasa renggang dan jauh sangat dengan Allah.Teman...sekadar di zahir sahaja.Hati tetap meruntun.Anda termangu sendirian..mencari jawapan yang tidak pasti.Sungguh jiwa kita tidak boleh menerima petaka ini dan hati merasa tidak selesa dengan situasi ini.

Ahh...penderitaan ini sebenarnya hanya dapat dirasai oleh insan yang hidup hati nuraninya.Namun..bagi orang yang telah mati hatinya,dia takkan merasa apa-apa.Tak rasa sensitif langsung.
Ungkapan si bijaksana ada menyebut:
'Kelukaan tidak memberi sebarang kesakitan lagi kepada hati yang telah mati.'
Bagaimanakah diri kita semua kala ini?Mungkin seandainya dikumpul segala kenikmatan dunia untuk menggembirakan hati,nescaya ia tidak berupaya menghilangkan segala kedukaan dan kesepian kita....bahkan mungkin menambah bebanan jiwa yang ada.

Hakikatnya kita memerlukan Allah di dalam hidup kita.Itulah naluri terindah yang tercipta dalam diri manusia.Sebahagian pengkaji Barat menamakan pencarian kepada Tuhan sebagai aktiviti otak yang tercipta secara semulajadi.
Contohnya,manusia yang bernama Firaun terkenal dengan sikap angkuhnya dan mendakwa dialah Tuhan!Ketika dia berada di dasar Laut Merah,dalam pergelutannya untuk bernafas mendapatkan udara,dia pun berkata 'Aku beriman dengan Tuhan Musa dan Harun...'Firaun menemui ajal dengan mati lemas.Namun...apalah ertinya di saat itu.Baru ketika itu dia menyedari bisikan fitrahnya.
Duhai saudaraku...

marilah kita melakukan sesuatu yang sejajar dengan fitrah.Bukan memeranginya.tetapi kita memerangi dalaman diri kita sendiri.Sebenarnya syaitan dan nafsu sentiasa berusaha mewujudkan kabut hijab antara manusia dan Tuhannya.
Kerana keterpinggiran ini juga,kita meminggirkan diri dari kumpulan orang-orang yang sentiasa mengingati Allah.Hari demi hari perasaan negatif  mula menyelinap dan dizahirkan dalam tindak-tanduk seharian.Tak ke semakin parah jiwa kita?
Sewaktu peperangan Tabuk,ada tiga sahabat yang dihukum Allah kerana tidak ikut serta tanpa keuzuran syarie.Dalam tempoh tiga bulan,mereka  merasai kehidupan yang cukup pahit.Sudahlah dimurkai Allah,mereka juga turut dipinggirkan oleh Rasulullah saw dan seluruh umat Islam.Walhal jika kita terpisah dengan ibu kandung sendiripun sudah rasa haru,inikan pula terpisah dari rahmat dan pandangan Allah.
Ingatlah wahai saudaraku...

Dunia adalah ibarat masjid yang luas sebagai tempat pengabdian kepada Allah...seluas alam ciptaan Allah ini.Di mana-mana pun anda berada, tuntutan  manusia sebagai hamba tetap terukir di jiwa.Keresahan sebenarnya isyarat dari Allah untuk mendekatkan diri kepada Allah.Berilah makanan kepada hatimu dengan melakukan zikir,membaca AlQur'an,menuntut ilmu agama dan melakukan ibadah.Itulah makanan hati yang enak.Ketenangan dan kebahagiaan hanya anda sendiri yang boleh mengungkapkan.InsyaAllah ia pasti hadir bagi orang yang yakin dengan ketentuanNya!


Betapa aku si pelayar yang sepi
dalam penantian syahdu rindu dan cinta

semalam aku belayar ke hujung dunia
kini aku terdampar di pantai sendirian
Kehidupan 
tidak pernah memberi janji
untuk menyirnakan resah di hati
Inilah hakikat.....
sampai waktu
kita kan ditinggal sendirian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails