Followers

Saturday, December 12, 2009

PESANAN BUAT LELAKI

Mana mungkin lelaki biasa boleh hidup tanpa wanita sebagai pendampingnya!Nabi Adam pun Allah ciptakan Hawa bagi mengisi rasa kesepian dan melengkapi fitrahnya untuk melahirkan zuriat keturunan.

Tanpa wanita di sisi lelaki,perasaan mereka akan resah.Kepada wanitalah lelaki memanggil dia samaada ibu,isteri atau anak.Itu adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan ke dalam jiwa manusia.

Menurut cerita para ulama,Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang bahagian kiri ketika ia sedang tidur.Sifat rusuk adalah bengkok dan tanggungjawab kaum lelaki untuk meluruskannya.

TETAPI...bagaimana nak meluruskannya,kalau lelaki sendiri tidak lurus!


Sebaik sahaja tangan digoncang oleh lelaki dengan lafaz 'Aku terima nikahnya....'menandakan kesanggupan menerima wanita sebagai amanah yang perlu dijaga,tiada alasan bahawa mereka boleh lari dari tanggungjawab.

Sabda Rasulullah saw:
'Bertaqwalah kepada Allah terhadap isteri-isterimu.Sesungguhnya mereka ini adalah pembantu kamu yang mana kamu telah mengambil mereka sebagai amanah dari Allah dan kamu telah menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah...'
(Riwayat Imam Muslim)

Justeru itu wahai kaum suami...
Didiklah isteri mengikut cara yang ditunjuk oleh Allah,kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.Jangan jinakkan mereka dengan dunia yang sementara seperti harta,kecantikan dan hiburan yang melekakan.Kelak mereka akan menderita.Dekatkan mereka dengan Allah,zat yang kekal kerana disitulah bermulanya kebahagiaan kalian.

Jelas difahami bahawa akal wanita adalah senipis daun bawang,hati mereka umpama kaca,perasaan mereka selembut sutera.Suburkanlah jiwa mereka dengan sifat-sifat murni dan akhlak yang baik.
Pasti hidup mereka bahagia walaupun tidak secantik ratu dunia atau wanita gladiator!


Ajarlah mereka dengan kasih sayang kerana disitulah kasih sayang Allah.
Selembut wanita pun boleh melahirkan lelaki waja!'


Jika kita imbas kembali kepada sejarah,orang Barat juga mengagumi sifat dan akhlak lemah-lembut Nabi Muhammad saw.
Antaranya,Thomas Carlyle di dalam bukunya 'On Heroes,Hero Worship and the Heroic in History berkata,'Muhammad amat beradab,berbeza dari lelaki lain ketika itu...jika tidaklah kerana sifat ini tidak mungkin orang-orang Arab yang ganas itu akan menghormati dan menyanjungnya'.

Stanley Lane Poole di dalam bukunya The Speeches and Table Talk of Prophet Muhammad berkata,'Terhimpun dalam diri Muhammad sifat lemah-lembut dan gagah berani sehingga seseorang yang cuba menilainya akhirnya akan mengagumi dan mengasihinya....Beliau mengasihi kanak-kanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata indah yang mulia kepada mereka.

Ingatlah duhai lelaki...
kelembutan bukan suatu kelemahan dan bukan juga bukti mengalah.Tiada wanita yang ingin dikasari.Cinta sahaja tidak dapat menjadi pemangkin kebahagiaan jika tidak disertai dengan mawaddah(kasih sayang),rahmah(belas kasihan) dan amanah.

Firman Allah swt:

'Dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) mawaddah dan rahmah(perasaan kasih sayang dan belas kasihan).Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir'
(Surah Ar-Rum:21)

Sering-seringlah mengingatkan para isteri akan hakikat kejadiannya agar mereka tidak terus hidup dalam dunia kepura-puraan.

Usah biarkan mereka membina gunung keegoan,kelak anak pun akan kehilangan ibu,suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.Apabila wanita derhaka,lelaki jua yang huru-hara.Apabila tulang rusuk telah patah,rosaklah segala organ dalaman.

Ini bukan bermakna suami perlu mengharapkan ketaatan semata,tetapi binalah kepimpinan.Untuk memimpin,suami hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik terlebih dahulu dengan memimpin diri menuju AllahJinakkan diri dengan Allah,insyaAllah,jinaklah segalanya dibawah pimpinan kita!

Tugas suami lebih mudah jika dapat memastikan isteri mempunyai ilmu akhirat secukupnya.Jika trend wanita kini menyambung belajar untuk mengumpul sijil,pernahkah para suami mengingatkan mereka tentang keperluan menimba ilmu akhirat juga?


Tepuk da
da tanyalah diri sendiri wahai para suami!

Jika para isteri dan anak bebas melakukan perkara yang dilarang agama,jika mereka keluar tanpa menutup aurat,jika mereka keluar dengan mekap setebal artis,apakah suami semakin tersenyum melihat kecantikan mereka? Jika perkara di depan mata tidak dapat ditegur,ingatlah sabda Rasulullah saw:
'Apabila amanah diabaikan orang,tunggulah waktu kehancuran(hari kiamat.)'

Kesilapan lalu jangan melemahkan diri.Masih ada ruang dan waktu untuk memperbaiki keadaan.
TETAPI...perlu ada langkah permulaan!Kita tidak pasti apa yang menanti kita di hujung perjalanan.

Firman Allah swt:
'Sesiapa yang berpaling daripada peringatanKu,baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.'
(Surah Taha:124)

Semoga bahagia menantimu di hujung kembara!

2 comments:

  1. Salam, saya ingin mengajak anda baca http://www.faridrashidi.com/2009/12/11/adakah-boleh-doktor-merawat-pesakit-berlainan-jantina/

    ReplyDelete
  2. Tksh ustaz krn sudi singgah,kalau ada salah dlm artikel sy,sila tegur ya.Byk yg sy msh perlu bljr

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails